Showing posts with label qieyaz. Show all posts
Showing posts with label qieyaz. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Dengan Izin-Nya..

*Assalamualaikum..
cerita ini ditulis berdasarkan idea yang hadir secara rawak..
tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

“Afif, hujung minggu ni jangan lupa tau.” Nisha mengingatkan. Suaranya dikuatkan sedikit supaya sahabat baiknya, Afif itu mendengar dengan jelas. Suasana yang agak bising di kafe Kolej Keris Mas itu memaksanya berbuat begitu.
“Kenapa pulak dengan hujung minggu ni?” Afif bertanya. Buat-buat tidak faham. Mee hoon sup yang berbaki di dalam mangkuknya dihirup lagi. Sebenarnya dia sudah sedia maklum bahawa hujung minggu ini merupakan hari jadi Nisha.
‘Takpe kita memain dengan emosi Nisha sat na. Bagi dia naik hangin sikit.’ Hati Afif ketawa riang.
“Ish. Kau ni. Takkan lupa kot?” Nisha sudah mengetap bibirnya.
“Lupa apa kau ni?” Afif mengerutkan dahi. Berfikir. Berpura-pura mengingati sesuatu. Namun hatinya sudah ketawa terbahak-bahak melihat muka Nisha yang sudah serupa cencorot itu.
“Kau ni memang nak kenalah Fif. Ish! Geramlah aku macam ni!” Nisha sudah merajuk. Wajahnya lebih masam dari tadi. Tanpa dapat ditahan lagi, Afif menghamburkan juga tawanya yang ditahan sejak tadi. Melihatkan Afif yang sedang ketawa terbahak-bahak, Nisha segera menampar lengan Afif yang ditutup dengan tshirt lengan panjang.
“Afif!! Kau ni suka sangat menyakat akulah.”
“Babe, relekslah. Chill okey.” Afif membalas bersama sisa tawanya.
“Banyaklah kau punya chill. Aku bagi sos cili baru kau tau. So, kau ingat tak ni?”
“Of courselah aku ingat. Takkanlah aku boleh lupa my BFF punya birthday.” Afif tersengih.
“Well. You better don’t. Kalau kau lupa, aku kejar kau satu kolej ni.”
“Iya aku takkan lupa. Aku pun taknak kau kejar aku satu kolej. Tak larat aku nak lari Che Nisha oii.” Afif ketawa diikuti dengan Nisha.
Afif dan Nisha mengambil jurusan yang sama di UKM. Mereka berdua memang rapat sejak berjumpa buat kali pertama sewaktu minggu orentasi. Bilik Nisha terletak bersebelahan dengan bilik Afif menyebabkan mereka selalu bersama. Keluarga mereka berdua juga memang rapat.
Afif merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Ayahnya merupakan seorang doktor manakala ibunya merupakan suri rumah tangga. Nisha pula mempunyai seorang abang yang bernama Iskandar. Papanya merupakan seorang ahli perniagaan. Mamanya seperti ibu Afif merupakan suri rumah tangga. Menurut Nisha, abangnya, Is sudah pulang ke Malaysia setahun yang lalu, namun Afif masih belum bertemu dengan abang tunggalnya itu.
“Fif. Cepatlah sikit makan tu. Aku nak naik ni. Assigment berlambak nak kena siapkan ni. Dah lah tahun ni kita last semester. Tak cukup tanah aku rasa nak berjalan.” Nisha membebel.
“Kejaplah. Aku nak habiskan air aku ni.”
“Okey jom.”

***************************************

“Assalamualaikum aunty, uncle.” Afif menyapa dan bersalaman dengan orang tua Nisha yang sedang menyambut tetamu di pintu hadapan rumah. Papa dan mama Nisha memang tidak sombong orangnya. Mereka berdua sentiasa ramah dan murah dengan senyuman.
“Waalaikumussalam. Eh Afif. Sorang saja ke? Parent Afif tak datang sekali ke?” Suara aunty Maznah menerpa lembut gegendang telinganya.
“Hmm. Fif sorang je. Ayah dengan ibu tak dapat datang. Ada hal kata mereka tadi. Mereka kirim salam pada aunty dengan uncle.” Jawab Afif tersenyum. Aunty Maznah dan Uncle Rashid serentak menjawab salam dengan perlahan.
“Nasib baik Afif dah boleh drive. Kalau tak susah juga.” Uncle Rashid pula berkata.
“Betul tu uncle. Kalau Fif tak boleh drive, memang Fif tak dapat datanglah majlis Nisha ni. Esok balik universiti, masam je muka dia, minta Fif pujuk.” Kata Afif sambil ketawa kecil. Aunty Maznah dan Uncle Rashid turut ketawa.
“Nisha ada kat dalam aunty?” Afif bertanya pada aunty Maznah setelah melihat uncle Rashid sibuk melayan tetamu yang baru sampai.
“Ada. Kat dalam bilik dia tengah bersiap agaknya. Afif naiklah ke atas. Cari kat bilik dia ya?” aunty Maznah menyuruh Afif mencari Nisha di biliknya yang terletak di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu. Afif memang sudah biasa dengan selok belok rumah Nisha. Sudah beberapa kali dia datang dan ada ketikanya bermalam di rumah Nisha.
Sewaktu Afif sedang berjalan menghampiri pintu bilik Nisha, pintu bilik yang bertentangan terbuka dengan tiba-tiba. Afif tergamam. Matanya dapat melihat seorang lelaki yang berpakaian santai juga sedang merenung ke arahnya. Lama mereka berdua terpaku. Sehinggalah Nisha membuka pintu biliknya barulah mereka berdua tersedar. Afif segera melarikan pandangan matanya, manakala lelaki itu masih merenung dirinya.
“Fif. Apasal kau berdiri tercegat kat luar ni? Nak jadi jaga tak bergaji ke?” Nisha ketawa dengan apa yang dituturkannya sendiri.
“Err. Aku baru je naik ni. Baru je nak ketuk pintu bilik kau, kau dah buka pintu.” Afif tersengih menutup perasaan malunya.
“Adik, who is she?” lelaki yang masih berdiri di muka pintu yang bertentangan dengan bilik Nisha itu bertanya.
“Eh abang, I didn’t notice that you were there. Let me introduce you. This is my BFF, Afif. And Fif this is my only brother, Is.” Pengenalan yang keluar dari mulut Nisha itu, membuatkan Afif hanya mampu tersengih dan mengangguk sedikit pada lelaki yang dikenali sebagai Is itu. Is masih lagi merenungnya dengan tenang. Afif menjeling Nisha yang sedang tersengih melihat abangnya.
“Abang. Sudah-sudahlah tu. Macam nak keluar laser superman je dari mata abang tu. Anak dara orang tu abang.” Nisha tersengih mengusik. Dia kemudian ketawa melihat yang abangnya tersentak dengan tegurannya. Lalu dengan pantas Nisha menarik tangan Afif untuk berlalu ke dalam biliknya.

**************************************

“Nish, sejak bila pula abang kau duduk kat sini?” Afif memulakan bicara. Mereka ketika itu sedang duduk di tepi kolam ikan selepas acara memotong kek tadi.
“Kan hujung minggu ni. Abang aku balik sinilah. Nak luang masa dengan family.”
“Tapi kenapa aku tak pernah nampak dia kat sini, kalau aku tidur teman kau bila papa and mama kau outstation?”
“Kebetulan dia pun busy. Selalunya, dia singgah sekejap je kalau papa and mama aku tak ada. Abang Is tu suka duduk kondo dia. Bila papa aku hadiahkan kondo tu kat dia setahun lepas, dia terus decide nak duduk kat situ. Nak berdikari katanya. Kenapa kau nampak berminat sangat dengan abang aku ni Fif?” Nisha mengusik.
“Lah. Tanya pun tak boleh ke?” Afif buat muka toya. Nisha sudah tergelak.
“Tapikan Fif, aku rasa abang aku tengah angaulah.”
“Apa pasal pulak?” Afif berkata selamba. Blueberry cheese kek disuapkan ke dalam mulutnya lagi. Sebenarnya dia perasan dengan renungan mata abang Nisha itu. renungan yang dia sendiri sukar tafsirkan. Sebab dia tidak pernah melalui pengalaman yang sebegitu. Sesungguhnya Afif berasa sungguh tidak selesa diperhatikan sebegitu rupa.
“Apa pasal, kau tanya? Aku nampak apa yang kau nampaklah. Jangan nak tipu aku.” Nisha tersengih. Jari telunjuknya dimain-mainkan dihadapan muka Afif.
“Nampak apa?” Afif masih ingin berdolak-dalih.
“Fif. Tak payahlah kau nak kelentong aku. Aku nampak yang abang tu sejak tadi lagi tengok kau. Kau pergi sini, mata dia ikut. Kau pergi sana mata, dia menyorot. Dah macam spotlight aku tengok biji mata abang aku tu. Aku rasa abang aku tu suka kat kau lah.”
“Kau ni Nish. Ada-ada je. Abang kau tu ada hati ke kat aku yang selekeh ni. Tu, cuba kau tengok kat sebelah dia tu, kak Mel tu, cun berpuluh kali ganda daripada aku. Kalau kau kata abang kau tu suka pada kak Mel tu, barulah aku percaya.” Afif tersenyum melihat Nisha yang sudah mencebik-cebikkan bibirnya.
“Kak Mel tu, aku tak nak dia jadi kakak ipar aku. Fake giler. Depan parent and abang aku bukan main baik lagi. Pijak semut pun tak mati. Bila jalan, kalah itik pulang petang. Terkedek-kedek.” Mereka ketawa. “Belakang parent dengan abang aku, fuhh, minah rempit pun kalah kau tau tak. Talam dua muka. Huh!” Nisha menyambung.
“Yelah tu. Tapi aku tengok abang kau tu mesra je dengan kak Mel tu. Okey je. Kalau abang kau tu dah suka, kau tak boleh nak buat apa pun.” Afif mengusik.
“Ish. Mintak simpanglah. Aku akan pastikan abang Is takkan ter’fall in love’ dengan minah fake tu.” Nisha mencebik lagi. Afif hanya membatukan diri mendengar bicara sahabatnya itu. Tidak berniat untuk menambah. “Tapikan, aku setuju sangat kalau abang aku tu ter’fall in love’ dengan kaulah Fif.” Afif sudah membuntangkan matanya. Berpura-pura marah. Sungguhlah dia tak rasa apa pun dengan kata-kata Nisha tu. Sebab dia tahu yang Nisha suka main-main dengan orang. Tak pernah nak serius sekalipun.
“Alah. Janganlah marah Fif. By the way, aku tak hairan pun kalau abang aku tu asyik tengok kau, asyik pandang kau, sebab kau nampak cute hari ni. Dress panjang warna biru laut tu match you well. Sekali pandang macam bidadari, dua kali pandang macam..err..” Nisha tergagap-gagap mencari kata yang sesuai. Afif pula sudah tidak senang duduk menunggu Nisha menghabiskan ayatnya.
“Err..macam mak lampir.” Nisha sudah berlari meninggalkan Afif sambil ketawa terbahak-bahak. Apabila dia merasakan kedudukannya selamat daripada menjadi mangsa cubitan Afif, Nisha berpaling.
“Aku pergi ambil air sekejap.” Kemudian dia melangkah bersama sisa tawanya. Afif hanya mampu tersenyum.
‘Nish, Nish. Nasib baiklah hari ni birthday kau. Kalau tak siaplah kau. Mengusik nombor satu betul kau ni Nish. Macam manalah parent kau tahan dengan perangai kau ni.’
“Hai Afif. May I sit here?” Is menegur Afif yang kelihatan asyik melihat ikan yang sedang berenang-renang di dalam kolam. Afif tersentak. Segera pandangannya dialih ke arah lelaki yang menegurnya tadi.
“Err. Of course.” Afif tergagap-gagap mencari kata.
“So, dah berapa lama you kenal dengan Nish?” Is bertanya.
‘Oh pandai pulak si Is ni cakap melayu. Dari tadi aku dengar dia berborak semua dalam bahasa inggeris. Ingatkan dah tak pandai nak cakap melayu. Maklumlah dah lama duduk London kan? Mata kau ni apasal tak boleh nak pandang tempat lain hah? Asyik pandang muka aku je apahal? Aku cucuk dengan garfu kek ni baru kau tau.’ Desis hati Afif.
“Saya kenal dengan Nish dah lama dah. Dalam tiga tahun.” Afif menjawab seadanya walaupun dirinya rimas diperhatikan begitu.
“Oh. Patutlah you all rapat sangat. Dah macam adik-beradik.” Is menjawab. Afif hanya tersenyum menutup rasa resahnya.
‘Ya Allah mana pulak si Nish ni. Ambil air ke buat air ni? Cepatlah Nish. Aku dah lemas ni. Kalau aku pengsan jap lagi sape nak bertanggungjawab.’
“Abang. Berbual apa dengan Fif ni?” Terdengar suara Nisha menegur Is. Afif menghembuskan nafas lega.
“Tak berbual apa pun.” Is menjawab soalan Nisha tetapi matanya masih pada wajah Afif.
“Abang, mama panggil. Kak Mel nak balik tu. Dia nak jumpa abang sekejap.” Nisha memberitahu. Is mengeluh.
“Okey. Afif nice meeting you. I hope we will meet again.” Is berkata pada Afif. Afif hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Nisha tersengih dan duduk di hadapan Afif.
“So sweet.” Nisha ketawa mengusik.
“Ish kau ni. Aku pun nak balik ni. Dah petang ni. Dah berpuluh-puluh mesej yang ibu aku hantar. Tak sanggup aku if kena bebel dengan ibu nanti.” Afif bangun diikuti Nisha. Afif bersalaman dengan aunty Maznah dan Uncle Rashid. Is tidak pula kelihatan di mana-mana, mungkin sibuk melayan Kak Mel. Nisha menemani Afif sehingga ke pintu pagar utama.
“Fif jumpa kau esok. Kita kelas pukul 2 petang kan?” Nisha bertanya.
“A’ah. Esok pagi boleh bertolak dari rumah. Sejam lebih je dah sampai.”  Memang pun. Rumah mereka berdua terletak di Shah Alam. Dari rumah Nisha nak ke rumah Afif hanya lebih kurang setengah jam. Dan dari Shah Alam nak ke Bangi mengambil masa hanya sejam lebih.
“Nish. Jumpa kau esok.” Afif melaung dari dalam kereta sambil melambai Nisha yang berdiri di hadapan rumahnya.

**********************************************

“Afif! Come breakfast dengan ayah. Ayah nak pergi klinik ni.” Puan Aida memanggil Afif lantang.
“Yes ibu. Just a minute. Fif baru lepas mandi ni.”
“Awal pula anak awak bangun hari ni. Selalu kalau matahari tak tegak atas kepala, takkannya dia nak bangun.” Doktor Azman berkata pada isterinya Puan Aida.
“Entahlah bang. Kata Afif semalam dia nak pergi jumpa Nisha. Nak keluar berjalan ke midvalley katanya. Eloklah tu bang. Dah dua minggu dia cuti, asyik memerap kat rumah saja. Saya pula yang rimas. Biarlah dia nak keluar berjalan-jalan sekejap.”
“Kita pun dah lama tak ke rumah Rashid dengan Maznah. Apa khabar mereka?”
“Mereka sihat bang. Hari tu saya telefon mereka tanya khabar.”
“Morning ibu. Morning ayah.” Kata Afif pada Puan Aida dan Doktor Azman. Setelah menghadiahkan kucupan di pipi ayah dan ibunya, Afif menarik kerusi dihadapan ibunya.
“Awal anak ayah bangun.”
“Fif nak pergi Midvalley dengan Nish dalam pukul 10 nanti boleh tak ayah?” Afif sudah bersuara tentang hajatnya. Afif memang seorang anak yang taat pada kedua ibu bapanya. Jika dia mahu keluar kemana-mana pasti izin ibu dan bapanya akan diminta terlebih dahulu. Jika mereka mengizinkan, barulah dia akan keluar.
“Pergilah. Ayah izinkan. Fif ada ongkosnya?” Doktor Azman bertanya dalam bahasa Indonesia. Afif dan puan Aida ketawa.
“Ada ayah. Pocket money untuk bulan ni pun Fif tak habis pakai lagi.” Afif menjawab sambil mengunyah roti bakar.
“Okeylah. Kalau macam tu. Bawa kereta elok-elok. Ida, abang pergi dulu. I’ve got appoinment this morning.” Doktor Azman sudah bangun dari kerusinya. Afif menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mengucup pipi ayahnya. Puan Aida menghantar Doktor Azman sehingga ke muka pintu.
“Fif nak keluar dengan Nisha pukul berapa?” Puan Aida bertanya sebaik sahaja kembali ke meja makan.
“Pukul 10 baru Fif pergi jemput Nisha kat rumah dia. I’ve my lunch there, ye ibu.”
“Okey.”Ringkas jawapan Puan Aida menyebabkan hati Afif dipalu rasa gembira. Gembira untuk berjumpa dengan Nisha. Teruja.

*******************************************

“Lepas ni kita nak pergi mana?” Nisha bertanya pada Afif.
“Hmm. Kita makan dulu jom. Aku laparlah Nish.” Afif mengerling jam di tangan kirinya. ‘Patutlah perut berbunyi semacam je. Dah pukul 12.30 tengah hari.’
“Fif kita makan Dubu-dubu jom. Teringin pulak nak makan since semalam.” Nisha buat muka comel mintak simpati.
“Hmm. On je. Jomlah weh. Kebulur dah aku ni.” Afif menarik tangan Nisha ke restoran makanan korea, Dubu-dubu. Mereka duduk bertentangan.
Selepas memesan makanan, mereka masing-masing keluarkan novel yang mereka beli di MPH. Sedang Afif leka membaca sinopsis novel yang dibelinya, satu suara garau memecah gegendang telinganya.
“Heya girls. Sorry i’m late.” Kerusi di sebelah Afif ditarik dan lelaki tersebut menghenyakkan punggungnya di sebelah Afif. Afif tersentak dan terkejut dengan tindakan lelaki tersebut. Kepalanya diangkat. Dahinya berkerut tanda protes. Matanya bulat memandang Is yang selamba duduk disebelahnya. Kemudian matanya memandang pula wajah Nisha yang sedang tersengih sumbing memandang kearah dirinya dan Is silih berganti. Inginkan penjelasan dari mulut merah Nisha yang pasti.
“Err. Fif, my abang tanya tadi kita kat mana. I just let him know, did’nt expect that he will join us here. And abang, could you sit beside me, here. I know she felt uncomfortable.” Nisha mengajak sambil tangannya menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya.
“Apanya adik ni? She looks totally find here.” Is mengerling Afif yang berada disebelahnya. Buat-buat tak nampak jelingan maut yang Afif hadiahkan buat dirinya.
“Err..kalau tak nak duduk sebelah Nish, takpelah biar saya je yang duduk sebelah dia.” Afif dah tolak kerusi. Berura-ura nak bangun pindah tempat.
“Eh-eh.” Is memegang lengan Afif menyuruhnya duduk. Afif segera merentap lengannya kasar. Tidak suka dipegang begitu oleh lelaki yang bukan muhrim. Terus merah mukanya menahan marah.
‘Hish mamat ni. Pantang betul orang pegang-pegang aku ni. Tahulah berlapik. Tapi tu tak boleh dijadikan alasan untuk kau pegang aku sesuka hati kau aje.’
“Abang, you should listen to her. Adik tak nak pujuk Afif, if dia merajuk nanti.”
“Ookeeeyy.” Is jawab lambat-lambat. Menolak kerusi, badannya dibongkokkan sedikit dan bibirnya membisikkan sesuatu di telinga Afif yang ditutupi dengan Pashmina. “Don’t get angry pretty lady. I’ll sit there for your  sake.” Senyuman tersungging di bibir Is. Lagi-lagi bila tengok muka Afif yang merah tahan marah.
Afif pandang Nisha. Menyatakan ‘terima kasih’ melalui pandangan matanya. Dan juga ‘siap kau nanti Nish’.

***********************************

Mereka bertiga melangkah keluar dari restoran Dubu-dubu.
“Fif, i need to go the ladies for a while. Tak tahan dah ni.” Nisha cakap kat Afif sambil sengih tertahan. Berpaling pandang Is dan cakap lagi. “Abang, you jangan nakal-nakal dengan Afif. Mind your manners.” Nisha mengingatkan dengan jari telunjuk ditegakkan. Warning konon. Heh!
Mata Afif masih menuruti langkah Nisha. Terkedek-kedek Nisha jalan laju-laju ala-ala makcik-makcik ‘exercise jalan laju’.
‘Memang dah seghupe makcik pun budak tu! Hehe. Sempat dalam hati ngutuk kawan sendiri sedas. Hambik kau! Geram betul hati aku!’
“So, after this, you nak pergi mana?” Is tanya Afif yang buat tak tahu dengan kehadirannya di situ. Marah lagi ke budak ni?
“Afif?”
Afif paling tengok muka Is. “Buat apa nak tahu? Mind your own bussines.” Afif bagi jelingan maut lepas tanya soalan kerek tadi. Buat tak tahu dengan muka Is yang dah berubah. Padan muka!!

***************************************

Pintu kedai buku ditolak. Kaki melangkah keluar dengan senyum yang tak lekang dari bibir. Puas hati. Earphone di telinga menyanyikan What Makes You Beautiful oleh One Direction. Sesekali kedengaran nyanyian halus yang keluar daripada bibir yang masih tersenyum itu. Beg plastik yang berisi novel dibuka dan novel dikeluarkan dari plastiknya.
‘Yeay! Dapat jugak aku beli novel Nasz - Lazuardi. Daripada haritu cari kat semua kedai buku tak jumpa. So, malam ni agenda mengkhatamkan novellah nampaknya.’
Secara tiba-tiba, bahunya dirempuh dari belakang. Novel yang berada ditangan, tercampak jatuh ke lantai.
‘Hish!! Hamba Allah mana pulak yang suka main rempuh-rempuh ni. Sekali aku rembat dengan rotan baru tahu. Aduh! Sengal bahu aku.’
 Tangan kanan Afif meramas bahagian bahu yang dirempuh tadi. Kemudian tangan yang sama melurut earphone dari telinga.
“Cik tak apa-apa ke? Soo sorry. I was in a rush.” Lelaki yang melanggarnya berkata sambil menunduk memungut novelnya yang jatuh tadi. Mata Afif merenung tajam lelaki yang masih lagi tunduk tu. Bersedia nak marah. Bila lelaki tersebut bangun, mata Afif terus membulat. Terkejut. Kelu terus lidah. Hilang dah kata-kata marah yang nak terhambur tadi. Tak sangka sebenarnya yang melanggar dia tu Is, abang Nisha.
“Eh. Afif. Buat apa kat sini?” Is turut terkejut.
‘Okey. She’s not in a good mood right now. Can’t you see Is, ada asap keluar dari kepala dia.’ Is bermonolog sendiri.
Belum sempat Is nak mengangkat tangan menyerahkan novel Afif, lengan kirinya dipaut. “You kenapa lama sangat? Penat I tunggu dalam kereta tau.” Perempuan tersebut bersuara manja sambil menjeling Afif.
“Err. Rania. Kenapa tak tunggu I kat dalam kereta je.” Is tergagap mencari kata. Berusaha melepaskan pautan tangan Rania. Namun hampa.
“Alah you ni. Kan I dah cakap kat you tadi, I penat duduk dalam kereta.” Rania membalas dengan badan terliuk-liuk macam lalang kena tiup angin. Pautan tangannya masih kemas pada lengan Is. Kemudian, bibirnya didekatkan ke telinga Is. “And i’m thirsty.” Kata Rania dengan suara menggoda. Afif dijeling lagi sedas.
Mata Afif makin membulat. Jelik dengan perangai perempuan yang Is panggil Rania tu. ‘Dahlah pakai baju tak cukup kain. Lepas tu nak jeling-jeling aku pulang. Hamboi!!! Banyak cantik muka kau. Achi jual sayur kat pasar tu lagi cantiklah. By the way, tak payah nak buat gaya berbisik sangatlah kalau suara kau tu orang yang jauh berbatu-batu boleh dengar jugak. Huh!!!’
Buku yang berada ditangan Is lantas diambil dengan kasar dan kakinya mula hendak melangkah meninggalkan mereka. Belum sempat Afif melangkah jauh, pergelangan tangan kanannya direntap. Tajam matanya merenung tangan Is yang sedang memegang tangannya yang hanya berlapik tshirht lengan panjang itu. Tangannya cuba dilepaskan dari pegangan tangan Is. Namun ternyata sia-sia. Pegangan tangan Is dirasakan sangat kuat. Utuh.
“Is. Move your hand.” Afif cakap bawah nafas tanpa nada. Tahan marah.
“Fif, i think i’ll need to explain to you about her.” Kepala Is menghala ke kanan, tempat di mana Rania berdiri dengan muka cemberut.
“Move your hand, mister.” Afif ulang lagi benda yang sama, dengan nada yang sama. Matanya masih merenung tangannya yang berada dalam genggaman Is.
“Afif. I..”
“I said, move your hand and i don’t need your damn explanation about her!!!” Suara Afif naik satu oktaf. Mata diangkat naik merenung tajam mata Is yang minta simpati supaya dengar penjelasan dia. Is akhirnya mengalah. Tangan dilurut perlahan melepaskan pergelangan tangan Afif. Kaki Afif mula melangkah. Setapak..dua tapak.. Afif pusing balik hadap muka Is.
“Oh. I wouldn’t tell either Nish or your parents, if that what you afraid of. Sampai nak perabis air liur bagi explaination bagai.” Afif buat muka meluat, pusing balik dan jalan terus tak toleh-toleh belakang lagi walaupun banyak kali dengar suara Is melaung panggil dia.
‘Boleh jalanlah!!! Suka suki kau je pegang lagi tangan aku!! Argh!!!’

*****************************************************

“Afif.” Suara Puan Aida kedengaran di balik pintu.
“Ibu pintu tak kunci.” Komputer riba yang melagukan Paradise-Infinite diperlahankan volumenya. Daun pintu dibuka Puan Aida.
“Annyeong ibu. Waeyo?” Lancar Afif bertanya ‘kenapa’ dalam bahasa korea dengan senyuman tersungging di bibir, walaupun hakikatnya, dia tak tahu sebutannya itu betul atau tidak. Puan Aida menggelang kepala mendengarkan bahasa korea yang keluar dari mulut anaknya. Nasib baiklah dua perkataan yang disebut Afif tadi telah difahami maknanya. Kalau tak, memang dia ingat yang anaknya itu buang tebiat.
“Nothing dear. Fif tengah buat apa?” Puan Aida melangkah masuk ke dalam bilik Afif. Senyumannya melebar. Punggung dilabuhkan di birai katil Afif. Afif memusingkan kerusi menghadap Puan Aida. Kaki ditarik ke atas, duduk bersila.
“Tengah buat some assingment sambil layan some of korean song?” Afif angkat sebelah bahu.
‘Okkeeyyy, awat muka ibu semacam je ni?? Berseri-seri. Anything special happen today? Hmm.’
“Ibu why you look so happy? Senyum sampai telinga Fif tengok. Something to share?” Afif bertanya lepas ruang itu sunyi beberapa ketika. Afif senyum sekali bila tengok Puan Aida senyum tak berhenti.
“Dear, tadi...” Puan Aida terhenti mencari kata. Bibirnya masih lagi menguntum senyum. Mata Afif ditenung penuh kasih. Gembira.
“Tadi kenapa ibu?” Afif tanya tak sabar.
“Afif..tadi parent Nisha datang.”
“Uhuh? Then?” Afif buat muka pelik.
‘Semedang je Aunty Maznah dengan Uncle Rashid tu datang rumah. Apa yang special sangat dengan kedatangan dorang ke rumah harini?’
“Dorang datang nak meminang.”
“Meminang? Siapa?”
‘Siapa pulak penghuni dalam rumah ni yang dorang nak pinang pun?’ suara hati Afif berbisik.
“Afif.”
“Huh!!! Me?!” Afif terkejut tahap gaban. Kedua belah ibu jarinya ditegakkan menunjuk dirinya sendiri.
“Yes dear. Its you.” Puan Aida tersenyum.
“But for who?!” Afif dah berdiri dari duduk bersila atas kerusi.
“For their only son, of course. Untuk Is lah. Takkan untuk Uncle Rashid pulak.” Puan Aida dah tergelak senang hati. Dan Afif terus terduduk balik atas kerusi dengan mulutnya yang tak mampu nak dikatup semula.

*****************************************

“Afif!!!!!” Nisha melaung dari bilik sebelah. Nasib baik pintu bilik dia dengan Nisha terbuka. Dapat jugalah dengar suara masing-masing dengan jelas.
“Apa dia?!!!!” Afif turut menjerit dari dalam bilik. Bagus betul perangai anak dara macam ni. Pemalas. Dah macam tarzan je gayanya nak bagi monyet-monyet makan. Mentang-mentanglah kat UKM ni memang banyak monyet.  Ini semua bahana punggung dah macam kena gam kat kerusi meja belajar. Lagu I’m Sorry-CNBlue yang berdentum dari speaker komputer riba diperlahankan.
“Jom keluar! Stresslah aku menghadap assigment ni!” Nisha menjawab. Nada masih sama macam tarzan.
“On!!! Pergi siap!!! Kita pergi taman!!!”


“Fif aku nak tanya something boleh tak?” Nisha bertanya sambil tangannya menyuap keropok twisties yang seterusnya masuk ke dalam mulut.
“Tanya apa?” Afif jawab dengan mata pada tasik kat depan. Taman harini penuh dengan orang joging, dengan parent bawak anak jalan-jalan,  dan dengan orang yang keluar dating. Yang duduk melepak macam dorang berdua ni pun tak kurang ramainya. 
“Hmm..What do you think about love?” Nisha tanya dengan mata lepas pandang tasik.
“Ookkeeyyy.. That’s weird. Why suddenly asking about love?” Kening Afif terangkat. Pelik.
“Random.” Nisha angkat bahu sambil ketawa.
“Atau kau ada crush kat anyone?” Afif serkap jarang. Nisha hanya tersengih. “Wanna share?” Afif sengih sama.
“Answer first.” Nisha sengih lebar.
“Hmm.. For me, love has a wide meaning. Somehow, cinta boleh buat kita terasa berada di awang-awangan. Boleh buat kita senyum sepanjang hari and also boleh buat kita resah serba tak kena. Most important think, it could change people. Either from a bad to a good or from a good to a bad person. That’s refer for love to a person lah. Sebab cinta ada banyak kategori kan? Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul. ” Panjang lebar jawapan Afif.
“Whoa. Fif you could be love motivator lah.” Nisha pandang Afif tak berkelip.
“Weh! Agak-agaklah. Tu pendapat aku. Nak jadi love motivator pejadahnya. Diri sendiri pun tak termotivate lagi. And also, i’ve no experiences.” Afif juling mata ke langit. Its impossible kay!
“So, who’s your crush?” Afif tanya lepas ketawa Nisha reda dengan bibir tersengih lebar.
“Hmm. That biochem guy lah.” Nisha senyum tersipu.
“Eh. Yang specky tu ke? Yang kau duk usha haritu?” Mata Afif membulat. ‘Budak cina tu ke??’
“Yippie! Ten points for you for guesting it right.”
“Aaron?” Afif masih tak percaya. Nisha mengangguk mengiakan.
“Hard way to go lah dear. But you could try.” Afif senyum.
“Well it’s only a crush. Nothing serious. Main-main jelah. Bukan sampai nak kahwin pun.” Nisha ketawa lepas. “Okey. Enough. Now, another question?” Nisha bersuara lepas ketawanya reda. Kening Afif terangkat sebelah, bertanya.
“Kau prefer kahwin pilihan sendiri or pilihan parents?” Nisha angkat kening double-jerk.
‘Eh? Soalan apakah?’ “Don’t know. Tak pernah pikir pun lah.” Afif angkat bahu.
“Come on. Jawab jelah.” Nisha angkat kening irama dangdut pulak. Afif buat muka bosan. Malas nak melayan sebenarnya. Topik dah melalut.
“Err.. Maybe parent’s choices kot. More blessed?” Afif jawab ragu-ragu. Tapi dia memang percaya bahawa pilihan ibu bapa memang selalunya yang terbaik. Mana ada parents nak yang buruk untuk anak mereka kan?


Guruh di langit menyentakkan Afif. Pecah ingatannya bersama Nisha suatu ketika dahulu. Kaki dihala ke tingkap bilik. Kepala mendongak melihat langit yang mendung, petanda mahu hujan. Angin menderu masuk dari celah cermin tingkap manampar mukanya lembut.
“Parent’s choices huh?” Afif berkata pada dirinya sendiri. Tak percaya yang dia akan berkahwin atas pilihan keluarga. Kata-katanya pada Nisha menjadi realiti. Tak sampai hati untuk mengatakan tidak pada ibu, pada ayah. Dan solusi yang terbaik yang boleh dia fikir sekarang hanya setuju. Ikut kehendak parent, kalau dengan itu boleh buat ibu dengan ayah gembira, walaupun diri sendiri bakal terluka. After all, takde mana-mana parents kat dunia ni nak yang buruk untuk anak sendiri, right?

**************************************

“Weh, dahlah tu. Tutup mulut kau tu. Nanti masuk lalat pulak.” Afif juling mata ke langit. Gaya dah macam aku bagitau apa je sampai mulut tu dah tak boleh nak tutup dah. Nisha pukul lengan Afif. Geram.
“Hish! Apa neh? Main pukul-pukul pulak dia.” Afif menggosok lengannya yang perit dipukul Nisha. Dahinya berkerut menahan sakit.
“Fif kau seriously nak kahwin dengan abang aku ni?” Nisha buat muka serius. Afif pun sama.
“Hmm.” Afif tunduk muka.
“Hei,  girl. Kau tau kan nikah kahwin bukan perkara main-main. Jangan buat hal. Ke... kau nak kahwin kontrak dengan abang aku?” Mata Nisha membuntang.
“Weh! Agaklah! Aku still tahu mana yang haram mana yang halal. Yang kau ni pun, macam tak suka je aku jadi kakak ipar kau, apasal?”
‘Haritu bukan main lagi dia cakap Is tu suka akulah bagai. Sekarang ni, bila aku nak kahwin dengan abang dia, dia buat muka ‘you are not welcome into our family’ ni awatnya? Huh?’ Hati Afif bersuara.
 “Bukan tak suka. Its pleasure. Really. For having you as my sis-in-law.” Nisha tarik nafas panjang. “Its just, suddenly. Yelah, kau tak pernah kenal abang aku detail pun, i mean kenal betul-betul, alih-alih kau bagitau aku kau nak kahwin dengan abang Is, sebab pa and ma aku dengan ayah and ibu kau nak kau kahwin dengan abang Is. Apa semua ni? Ni bukan zaman kolonial British nak main paksa-paksa Fif. Kau berhak nak pilih future husband kau.” panjang lebar Nisha cakap siap dengan tangan-tangan mengawang-ngawang. Kejap tunjuk kat diri dia, kejap tunjuk kat Afif. Afif tersenyum. Haih.
“Apasal kau senyum?” Nisha pandang Afif. ‘Kelakar sangat ke apa yang aku cakap tadi?’
“Nish, could you take a deep breath? Dah gaya macam kau pulak yang nak kena kahwin sekarang ni.” Afif juling mata ke langit. Senyum masih belum padam di bibir. Nisha jeling Afif.
“Nish aku taulah kau sayang aku. Nak aku pilih sendiri future husband aku. Tapi yang aku nak kahwin ni bukan ke abang kau jugak? Kau tak suka ke sebenarnya aku kahwin dengan abang kau?” Afif tenung mata Nisha dalam-dalam. Cuba mencari jawapan kenapa Nisha protes dengan keputusannya. Nisha mengeluh.
“Nish?” Afif pegang tangan Nisha.
“Haritu, ingat tak aku pergi Mines sorang-sorang? Yang aku ajak kau, but kau kena jumpa penyelia?” Nisha pandang Afif.
“Ahah.” Afif mengangguk.
“Actually, aku jumpa abang masa tu dengan a girl.”
“Kak Mel?” Afif tanya lepas tengok Nisha diam lama.
“Bukan. I don’t know her. But dorang nampak rapat. Perempuan tu, peluk lengan abang Is. So, i thought, that they might have something special going on. Aku tak tanya abang, sebab aku hormat privacy dia. Its his right for not telling me, pa and ma for the time being. Maybe they’re still at the beginning. Thats why aku terkejut bila kau bagitau kau nak kahwin dengan abang aku and aku pelik sangat sebab abang aku setuju dengan idea pa and ma.” Nisha pandang Afif.
“Well, i believe he has his own reason for accepting this marriage and marrying me.” Afif mengeluh.
“Fif, kalau kau nak aku tanya, aku boleh tanya kat abang.”
“No. Tak payah. I think its better for me face to face dengan dia, no?” Afif senyum. Mata ditala merenung ke tasik.
‘For what reason you’re accepting this marriage arrangement Adam Iskandar?’ Dan buat kesekian kalinya Afif mengeluh.

******************************************

“Ibu macam mana kita nak tahu itu jodoh kita yang sebenarnya?” Afif pandang wajah Puan Aida. Puan Aida membalas pandangan Afif. Rambut Afif yang separas bahu diusap perlahan.
“Kenapa? Afif tak yakin?” Puan Aida bertanya.
“Macam mana ibu yakin ayah jodoh ibu?” Afif bertanya lagi. Soalan Puan Aida tadi dibiar tidak berjawab.
“Istikharah Fif. Minta petunjuk dari-Nya, kalau Afif masih ragu-ragu.” Puan Aida tersenyum. Tubuh Afif dipeluk erat, penuh kasih.

***************************************

“Kenapa awak nak jumpa dengan saya?” Soalan ditanya selepas punggung lelaki itu mencecah punggung. Tiada mukadimah.
“Saya nak kahwin dengan awak.” Dan lelaki itu pun tanpa mukadimah juga menjawab dengan yakin. Mata bertentangan. Afif menunduk. Jantungnya berdegup kuat.
“Its doesnt make sense awak tahu x? Takkan tiba-tiba tanpa sebab awak nak kahwin dengan saya.” Afif menggelengkan kepalanya.
“Sebabnya mudah Afif, saya suka awak. Love at the first sight.” Dan sekali lagi lelaki itu menjawab terus takde bangkang-bengkok dah. Mata Afif membuntang. Mulutnya mencebik. Wajah lelaki itu dilihat, mencari sedikit kejujuran.
“Suka saja tak cukup, even tak cukup pun nak menjamin kebahagiaan kalau kita kahwin.” Afif menjawab selepas beberapa ketika. Lelaki itu mengeluh.
“Afif..” Lelaki itu cuba mencapai tangan Afif, namun Afif segera menyembunyikan tangannya dibawah meja. Lelaki itu menarik kembali tangannya.
“Afif, saya sayang awak. Sangat. Saya nak jaga awak sampai akhir hayat saya. insyaAllah. Bagilah saya peluang.” Lelaki itu bersuara seperti tadi. Yakin.
“Fine. Saya terima, tapi awak kena tinggalkan perangai awak tu.” Afif bersuara selepas terdiam lama.
“Perangai saya?” lelaki itu mengerutkan dahinya. “Perangai apa?”
“Perangai buaya darat awak tulah.” Afif menjulingkan mata. Lelaki itu ketawa.
“Afif saya dah lama tinggal perangai tak senonoh saya tu. Sejak balik sini, saya memang dah tinggal perangai lama tu. Sumpah!” Lelaki itu mengangkat tangan. Bersumpah apabila melihat Afif seakan tidak percaya dengan kata-katanya.
“Rania tu anak bos saya. Kami ada benda yang perlu dibincangkan hari tu. Dan awak tak perlu risau pasal dia lagi, sebab dia dah jumpa dengan orang yang lebih layak dari saya.” Lelaki itu ketawa lagi. Wajah Afif yang berkerut dipandang. Lama.
“Okey. Saya terima pinangan aunty dengan uncle. Tapi ada syaratnya.” Afif bersuara. Wajah lelaki yang masih setia merenungnya dari tadi dipandang. Lelaki itu mengangkat kening bertanya.
“Kita takkan jumpa berdua macam ni lagi lepas ni. Kalau nak jumpa pun, saya akan pastikan Nish ikut sama. Dan lepas kita kahwin, saya harap awak boleh beri saya masa untuk terima awak slowly.” Mata lelaki itu dicari. Nafas lega dihembus perlahan apabila lelaki itu mengangguk faham.
“Dan..” mata Afif dan lelaki itu sekali lagi berpandangan. Lama. “Saya nak kita tunang, nikah dan kahwin bulan depan. Sekaligus.” Is melopong, kemudiannya bibirnya mengukir senyum.
‘Tak payah nak melopong sangatlah Is. Dah kalau setiap kali jumpa kau asyik nak pegang tangan aku je, baiklah kita cepat-cepat kahwin. At least, terhindar dari dosa. Ya Allah kau lancarkanlah segala perancangan hamba-Mu ini. Amin.’

************************************************

“Weh makcik!! Apa lagi yang dok termenung kat tepi tingkap tu? Duduklah sini. Kejap lagi mama nak sarung cincin.” Afif melabuhkan punggungnya disebelah Nisha.
“Nisha kau rasa apa yang aku buat ni betul ke?” Afif tanya datar.
“Fif aku takkan kata apa yang kau buat ni salah or betul. Sebab kau kawan aku dan yang sebelah sana tu abang aku. Aku nak terbaik untuk kau and at the same time aku pun anak terbaik untuk abang aku. And i believe, papa and mama punya choice is the best for abang.” Nisha genggam tangan Afif. Erat. Menyalurkan kekuatan. Afif mengeluh perlahan.

Ya kerana petunjuk dari istikharahnya, kerana kekuatan yang ayah, ibu dan Nisha beri, dia menerima untuk dinikahkan dengan Is pada hari ini. Berdoa supaya semuanya berjalan lancar. Semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pintu bilik dikuak. Is melangkah masuk ke dalam bilik. Matanya terpana melihat Afif yang hanya kaku duduk di birai katil. Is melabuhkan punggungnya di sebelah Afif.
“Afif, awak takut ke?” Is pandang Afif yang diam. Perlahan Is memusingkan tubuh Afif.
“Aa..awak nak buat apa ni?” Afif bersuara tergagap. Dia ingin bangun, namun panahan mata Is yang tajam seakan mengunci kakinya.
“Shh..Afif, awak takut dengan saya ke?” Is mendekatkan wajahnya. Afif menutup matanya.
Afif dapat rasakan dahinya dikucup lama. Kucupan yang sama kehangatannya ketika mengucup dahinya pagi tadi. Perlahan matanya dibuka.
“Terima kasih Afif. Sebab sudi terima saya. Dan jangan risau, saya takkan ambil hak saya tanpa kerelaan Afif. Saya akan tunggu sampai Afif betul-betul bersedia.” Is tersenyum. Afif menghela nafas lega. Bibirnya perlahan mengukir senyuman.

******************************************************

“Apa??!! Honeymoon??” Suara Afif naik satu oktaf. Matanya melihat wajah ayah, ibu, papa dan akhir sekali mamanya. Kemudian, matanya dilabuhkan pada wajah Is yang sedang duduk disebelahnya. Lelaki itu sedang tersenyum nakal melihat ke arahnya.
“Ya sayang honeymoon. Dekat langkawi. Ke sayang nak pergi luar negara?” Is bersuara. Nakal.
“Tak payahlah mama, papa. Afif sibuklah. Assigment banyak.” Afif beralasan.
“Afif, mama dengan papa dah beli tiket untuk kamu berdua. Takkan nak membazir pula.” Puan Aida bersuara.
“Betul tu sayang. Takkan kita nak buang pulak tiket tu?”  Is menyokong Puan Aida. Afif menjeling Is.
‘Ini bukan bulan madu, tapi gerhana bulan namanya. Hish! Afif apa kau mengarut ni? Apa kaitan dengan gerhana bulan pulak? Hmm. Nampaknya kena pergi jugaklah dengan pakcik sorang ni.’

*********************************************

“Awak pergi mana tadi? Penat tau saya cari. Satu hotel saya tawaf, last-last saya jumpa awak kat sini. Sedap-sedap je makan ais krim tu. Tak boleh ke bagitau saya awak nak pergi mana lain kali?” Is merungut. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Afif menghadap pantai. Matanya memandang sisi wajah Afif yang buat tak tahu dengan kehadirannya.
“Afif, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Suara Is meninggi sedikit. Geram kerana Afif buat tak tahu je dengan apa yang dia kata.
“Hish!! Awak ni bisinglah. Dah macam nenek. Asyik nak membebel je.” Afif mencebik.
“Eh. Kalau saya macam ni nenek takdenya ibu dengan ayah awak setuju nak kahwinkan awak dengan saya tau tak?” Is memandang Afif geram. Tangannya pantas mengambil ais krim yang berada di tangan Afif.
“Hei!!!! Tu saya punya ais krimlah. Pergilah beli sendiri. Banyak pakcik jual ais krim kat sana tu.” Afif mengetap gigi. Tangannya dicekak ke pinggang. Is buat tak tahu dengan kata-kata Afif. Ais krim itu dimakan penuh nikmat.
“Hish!!!!! Awak!!!!! Dengar tak apa saya cakap ni?!!!”
“Eh awak ni kalau cakap tu tak menjerit tak boleh eh? Saya belom pekak lagilah.”
“Habis tu sape suruh buat tak tahu bila saya cakap?!! Hish!!!”
“Awak ni tak tahu malu eh? Tengok orang kat sana tu dah pandang kita lain macam tau. Semua sebab awaklah, terjerit-jerit macam bini tarzan.” Is ketawa. Namun ketawanya mati melihat wajah Afif yang serupa cemberut.
“Biarlah!! Biarlah dorang tengok .Haa!! Bagi semua tahu, awak ni suami yang selalu buat saya sakit hati. Arghh!! Geramlah saya dengan awak ni!!!! Kecik je saya nampak awak tau tak!!! Rase nak picit-picit je awak!!”
“Eh, saya memang kecik. Tak besar mana pun sayang. Tak gemuk pun.” Is ketawa.
“Argh!!!! Geram!! Geram!! Geram!!!” Afif mengangkat punggung meninggalkan Is yang semakin kuat tawanya. ‘Haih. Awak comel sangat bila marah, awak tahu tak Afif.’ Hati Is berbisik. Setelah tawanya reda, Is bangun mengejar Afif yang telah berjalan agak jauh.
“Afif..tunggulah saya!!!” Is berlari anak mengejar Afif yang telah jauh kehadapan.
“Afif, janganlah jalan laju sangat, saya penat ni.” Is bersuara setelah berjaya menyaingi langkah kaki Afif. Afif hanya menjeling dan berpura-pura tidak dengar dengan panggilan Is.
“Afif, kalau awak taknak berhenti, saya peluk awak depan semua orang.” Is cakap lagi dengan sengih nakal terukir di bibirnya. Afif berhenti serta-merta. Bibirnya diketap. Is tersenyum. Manis.
Perlahan Is meraih tangan kanan Afif. Afif merentapnya kembali. Kemudian, Is meraih pula tangan kiri Afif. Afif merentapnya juga. Is memegang kedua belah bahu Afif. Afif menepis.
“Puan Afifah..” Is melangkah selangkah kehadapan. Mendekati Afif. Mata Afif dipandang tajam. “Lepas ni kalau awak tepis lagi tangan saya, saya peluk awak betul-betul kat depan semua orang.”
“Eleh. Macamlah berani.” Afif bersuara datar. Hatinya berdegup kuat melihat pandangan Is yang tajam.
“Awak jangan cabar saya Puan Afif.” Afif mencebik. Is mengetap bibir.
Langkah Afif yang terbehenti tadi disambung kembali. Setapak. Dua tapak. Lengan kirinya ditarik kuat. Badannya berpusing. Tidak seimbang. Tangan Afif memaut tubuh Is untuk mengelakkannya daripada jatuh. Mata mereka berpandangan. Afif tersedar apabila Is mendekatkan wajahnya. Lantas tubuh Is ditolak jauh.
“Awak buat apa ni?!”
“Saya buat apa? Saya tak buat apa pun. Bukan awak ke yang pusing peluk saya tadi.” Is tersengih nakal. Pura-pura tidak faham dengan pertanyaan Afif.
“Excuse me. Bukan peluk okey. Tapi terpeluk. Semua sebab awaklah.”
“Alah awak ni tak payahlah nak malu dengan saya. Kalau nak peluk saya, peluk jelah. Lagipun awak kan isteri saya. Kita dah halal pun.” Is ketawa galak. Afif menunduk malu.
“Hish! Menyampahlah awak ni. Saya naik bilik lagi bagus.”
“Haa. Baguslah tu. Boleh kita sambung agenda yang tergendala tadi.” Is gelak lagi.
“Argh!!! Diamlah awak!!” Afif terus berlalu. Is mengejar Afif dengan sisa tawanya.

****************************************

“Sayang buat apa ni?” Suara Is mengganggu konsentrasinya menyiapkan blueberry cheese cake.
“Hish! Jgn kacaulah. Pergi main kat depan sana.” Afif menjeling Is.
“Sayang suruh abang main kat depan? Apa sayang ingat abang ni budak-budak ke nak suruh pergi main?” Is mengetap gigi geram.
“Yelah. Dari awak duduk tercongok dekat dapur ni tengok saya buat kerja, baik awak pergi duduk tengok tv kat depan. Tak pun baca newspaper. Ada jugak faedahnya.” Matanya menjeling Is sekali lagi.
“Sayang boleh tak jangan jeling-jeling abang macam tu. Abang cairlah. Rasa nak terkam sayang sekarang tau.” Is sengih nakal. Bila melihat muncung Afif yang sedepa, ketawanya pecah.
“Hish! Awak ni, janganlah kacau saya. Pergi duduk kat depan sana. And apasal hari ni nak berabang-bersayang bagai ni?” Afif memusingkan tubuhnya menghadap Is dengan dahi berkerut.
“Kenapa? Sayang tak suka? Bukan orang perempuan semuanya suka diri disayangi ke baru rasa dihargai kan?” Is angkat kening double jerk. “Macam iklan tu, ‘terasa dirimu begitu berharga’.” Is tersengih.
“Hish!! Sudah-sudahlah awak. Pergilah duduk kat depan sana. Jangan kacau saya.” Afif menyambung kembali tugasnya mengacau adunan tepung tadi. Bibirnya menyembunyikan tawa yang ingin meletus akibat mendengar Is menyebut tagline iklan Syurah dengan suara perempuannya. Dah macam nyah pun ada!!
Is tidak mengendahkan rungutan Afif. Kakinya melangkah ke arah Afif. Jantung Afif berdegup kuat apabila dia dapat merasakan kehangatan tubuh Is yang berdiri hampir dibelakangnya.
“Sayang, abang tanya elok-elok kan tadi. Cuba jawab elok-elok jugak. Sejuk sikit hati abang ni.” Is berbisik perlahan ditelinga Afif. Afif tertunduk malu.
“Aa..a..abang..eh..err..a..awak tanya apa tadi?” Adoi. Kenapalah time-time ni jugak lah kau nak tergagap-gagap lidah oii. Hish!
“Cutenya isteri abang ni bila malu. Sampai tersasul panggil abang. Tapi kan bagus kalau sayang sentiasa panggil abang, abang. Kan lebih sedap didengar.” Is tersenyum. Tubuh Afif yang membelakanginya dipusing. Afif hanya menurut. Is memaut dagu Afif supaya memandangnya. Wajah Is semakin mendekat ke arah wajah Afif. Dan..
“Sayang!!!!!!!! Sampai hati sayang.” Is melihat ke arah Afif yang sudah tergelak tertunduk menekan perutnya. Tangannya menyapu rambut, muka dan juga baju yang sudah penuh dengan tepung yang dicurah Afif tadi.
“Ohh.. sayang nak main-mainkan abang ye. Siaplah sayang.” Is mencapai sebungkus tepung lalu mengejar Afif  keliling dapur. Afif berlari sambil ketawa. Larian Is semakin laju, dan pergelangan tangan Afif dipegang, tepung yang berada di sebelah lagi tangannya lantas dicurah ke atas kepala Afif.
“Abang!!!! Alah tengoklah ni, kan dah kotor dapur ni. Sape nak kemas?” Afif merungut. Is terdiam.
“Abang!!! Hish!! Orang tengah marah, dia boleh pulak termenung.”Afif memuncung. Is tersenyum. Kakinya melangkah ke arah Afif. Kedua belah pipi Afif dipegang. Afif terkaku.
“Takpe kita kemas dapur ni sama-sama ye. Abang tolong sayang.” Is mengenyitkan sebelah matanya. Sebelum kakinya melangkah pergi, sempat bibirnya mencium bibir Afif sekilas. Mata Afif membuntang.
“Hadiah untuk sayang sebab sudi panggil abang, abang.” Is berbisik ditelinganya perlahan. Afif tertunduk malu. Bibirnya disentuh perlahan dan matanya melihat Is yang sedang membersihkan tangannya. Perlahan bibir Afif menguntumkan senyuman.

**********************************************

‘Argh!! Bosan. Takde kawan nak berborak malam ni. Yang dia ni pun, tak reti-reti nak mesej ke? Dah sampai ke belom dekat Terengganu sana. Suka buat aku risau.’ Desis hati Afif. Mulutnya sesekali diherotkan. Kemuadian mencebik.

“Abang kena pergi outstation lima hari. Dekat terengganu.” Suara Is bergema di fikirannya.
‘Hish!! Apasal terdengar suara dia pulak ni.’ Mukanya dipusingkan ke kiri. Matanya melihat Is tersenyum.
‘Haish!!’ mukanya diteleng ke kanan pula. Matanya melihat Is ketawa.
‘Argh!! Stress!! Ape kena dengan aku ni??!!’ Afif pandang ke depan. Tangan disilangkan.

‘Afif kau rindu abang ke?’Sebelah hati Afif bersuara.
‘Rindu?? Hish! Tak kuasa.’ Sebelah lagi hatinya membalas.
‘Eleh mengaku jelah kau rindu abang kan?’ Hati yang lagi satu bertanya lagi.
‘Hish! Taklah!!’ Hati yang lain menafikan.
‘Okey taknak mengaku takpe. Tapi kau dah..’
‘Dah apa?? Huh??’
‘Dah..’
‘Hish! Dah apa?!’
‘Kau dah fall in love dengan abang kan?’
‘Hish!! Merepek jelah. Mana ada.’
‘Mana ada kau cakap? Tadi yang sampai terbayang abangtersenyum, abang ketawa tu apa kejadahnya? Still taknak mengaku ke?’
‘Hish!! Bisinglah!’
‘Afif mengaku jelah yang kau dah jatuh hati dekat suami kau tu. Lagipun bukan salah pun kalau kau nak jatuh hati dekat Is tu. Lagi afdhol apa.’
‘Tapi dia tu suka usik aku, suka buat aku sakit hati, suka arah itu arah ini. Semua nak kena dengar cakap dia. Hish!! Tak sukalah!!’
‘Afif, dia tu kan suami kau. Mestilah kau kena dengar cakap dia. Syurga kau sekarang bawah tapak kaki dia. Kalau bukan dia, kau nak dengar cakap siapa lagi. Cakap mamak dekat restoran Ali tu ke?’
‘Ek eleh. Apa pulak mamak? Mamak tu nak buat apa?’
‘Yelah. Dah kau tak nak dengar cakap abang. Ingat tu Afif, syurga kau sekarang bawah tapak kaki abang.’
‘Syurga aku bawah tapak kaki abang.’

Paradise yang berlagu dari telefon bimbit mematikan lamunannya. Telefon bimbitnya dicapai. Selepas melihat nama pemanggil, butang hijau ditekan.

“Helo. Assalamualaikum sayang.” Kedengaran suara Is di talian sebelah sana.
“Waalaikumussalam.” Afif menjawab datar.
“Sayang tak tidur lagi ke?” Is mengerling jam yang menginjak ke angka 11.30 malam.
“Encik Adam Iskandar, kalau saya dah tidur saya tak angkat call awak ni.” Afif menjulingkan mata ke atas. Is di talian sebelah sana menguntum senyum. ‘Dah tahu lagi mahu tanya. Kan dah kena.’
“Ni kenapa macam bad mood je ni? Sayang period eh?” Is gelak lepas tanya soalan kat Afif. Muka Afif memerah. ‘Hish! Dia ni, takde soalan lain ke nak tanya. Ni kalau depan mata lagi teruk aku kena bahan ni’
“Hish!! Mana ada. Orang kat sini bad mood, sebab ada orang tu tak reti-reti nak bagitau yang dia dah sampai ke belum kat terengganu sana tu. Rasa nak simbah je dengan air kalau dia ada dekat depan mata sekarang.” Afif bersuara dingin. Is tergelak besar.
“Sayang marah kat abang ye? Sorrylah sayang. Abang sampai lepas asar tadi. Lepas solat kena turun site pulak. Jenguk mana yang patut. Lepas mahrib tadi pulak ada meeting mengejut. Habis je meeting abang terus call sayang.” Terang Is panjang lebar. Afif diserbu rasa bersalah.
“Habis tu abang dah dinner ke belum ni?” Afif bertanya selepas terdiam lama.
“Belum. Concern jugak ye sayang pasal abang.” Is tergelak. Afif mencebik.
“Sayang abang cium bibir tu karang. Suka sangat mencebik kat suami awak ni.” Is bersuara selepas tawanya reda. Afif kaku.
“Ma..mana ada Afif cebik?”
“Sayang, abang dah tahu sangat perangai sayang tu. Tak boleh nak tipu abanglah sayang.”
“Betullah. Mana ada Afif cebik.” Afif membela dirinya.
“Sayang..abang rindulah..” Is merengek. Suaranya dileretkan seperti budak kecil.
“Hish!! Gelilah abang. Pergi belum sampai 24 jam dah cakap pasal rindu-rindu. Abang ada lagi empat hari tau kat sana.”
“Alah abang tau, sayang pun mesti rindu jugak kat abang kan? Sebab tu sayang tak boleh tidur.”
“Eh eh. Ada ke Afif cakap Afif tak boleh tidur tadi? Rasanya takde. Suka suki dia je cakap kite rindu kat dia.” Afif mencebik lagi. Is gelak.
“Sayang nampaknya abang memang kena cium bibir sayang tulah bila abang balik nanti.” Is gelak lagi. Kuat.
“Hish!! Apasal pulak abang ni?” Afif ketap bibir.
“Dah sayang asyik mencebik je bila abang cakap.” Is gelak lagi.
“Hish!! Makin dilayan makin merepek pulak abang ni. Dah lah, Afif nak tido. Esok ada kelas. Assalamualaikum.”
“Ye okey, sayang. Mimpikan abang ye malam ni. Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Afif tersenyum.

Is tersenyum. Telefonnya berbunyi. Mesej dari Afif dibuka.

~ Abang, pergi makan dulu sebelum tidur. Nanti perut masuk angin.

+Okey..will do sayang. I love you , baby.
*Kalau Afif cebik baca mesej ni, abang kiss sayang betul2 bila abang balik nanti. ;D

~Buwekk.. :P

Is tergelak besar membaca mesej Afif yang terakhir. Afif hati abang sekarang penuh dengan sayang seorang je. Tiada ruang untuk orang lain lagi. Dengan izin-Nya, abang akan cinta dan sayang, Afifah Hanani seorang saja sampai akhir hayat abang. Amin~~

*******************************************

Angin malam yang bertiup lembut menyapa pipi Afif. Jam menginjak ke pukul 12 tengah malam, namun Afif masih duduk di beranda. Merenung kepekatan malam. Memikir kemana arah tuju perkahwinan mereka. Sudah 3 bulan mereka berkahwin, dan dia akui hidupnya terasa berisi dengan kehadiran Is sebagai suaminya. Ya. Dia masih lagi belajar untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati. Apa yang pasti, kini, dia sentiasa mahu melihat Is berada didepan matanya. Dia akan mudah berasa rindu jika tidak bersua dengan Is. Adakah ini dinamakan cinta? Dia tidak tahu. Kerana sesungguhnya dia belum pernah melaluinya. Kedengaran pintu bilik dikuak. Is melangkah masuk ke dalam bilik. Afif membatukan diri.

“Sayang buat apa kat luar ni? Kan sejuk. Nanti sakit sape yang susah? Abang jugak.” Is menarik tangan Afif masuk ke dalam bilik. Afif hanya diam. Tidak berkutik.
“Hei..kenapa ni sayang?” Is memaut dagu Afif. Mata mereka berpandangan.
“Kenapa abang baik sangat dengan Afif?”
“Dah kalau abang tak baik dengan Afif, abang nak baik dengan sape lagi sayang?? Dengan achi dekat pasar tu ke?” Is buat kening double-jerk.
“Abang, Afif tanya betul-betul ni. Boleh pulak dia main-main.” Afif bergerak duduk di birai katil. Is menurut.
“Sayang perlu ke abang jawab soalan tu?” Is mengeluh melihat Afif mengangguk.
“Kenapa?” Is menyoal.
“Sebab Afif bukan ahli nujum abang. Afif tak boleh baca apa yang ada dalam hati abang.”
“Afif tak percaya abang?” Afif menggeleng. Is mengeluh lagi.
“Sayang..abang sayang sangat-sangat kat sayang. Abang cinta sangat-sangat kat sayang. Abang berjanji, selagi hayat abang masih ada, abang akan sentiasa bersama sayang. Saat kita susah, saat kita senang. Abang akan jaga sayang sampai hujung hayat abang. Dengan izin Allah, hanya sayang seorang yang abang sayang dan cintai seumur hidup abang.” Is berhenti melihat Afif yang telah menunduk.
“Ya abang akui, abang seorang manusia yang tak sempurna. Terlalu banyak sangat kelemahan dalam diri abang jika sayang lihat satu persatu. Jadi abang perlukan seorang isteri yang boleh melengkapkan hidup abang, yang boleh bersama dengan abang disaat abang susah dan juga senang, yang boleh mengisi sebelah hati abang yang kosong dan yang sudi menjadi bidadari abang di syurga kelak. insyaAllah.” Is memandang wajah Afif yang masih lagi menunduk. Telinga Is menangkap bunyi esakan halus dari Afif.
“Sayang menangis ke?” Perlahan tangan Is mengangkat wajah Afif. Belum sempat pandangan mereka bertemu, Afif menyembamkan wajahnya ke dada Is. Tubuh Is didakap erat.
“Hei, sayang kenapa menangis ni?” Is membalas pelukan Afif. Sebelah lagi tangannya mengusap lembut rambut Afif.
“Abang, Afif mintak maaf banyak-banyak abang. Selama ni, abang layan Afif baik sangat, tapi Afif layan abang sambil lewa je. Abang sabar dengan semua kerenah Afif, tapi Afif selalu marah abang, kadang-kadang tertinggi suara dengan abang. Afif mintak maaf abang. Maafkan Afif abang.” Afif bersuara dalam sendunya. Habis basah baju Is dengan air mata Afif.
Tiba-tiba, Afif melepaskan pelukan, tangan Is diraih dan diciumnya. Lama. Is mengangkat wajah Afif dan mengelap air matanya yang masih mengalir. Ubun-ubun Afif dikucup perlahan dan lantas diraihnya tubuh Afif kedalam pelukannya.
“Abang, maafkan semuanya sayang.” Is berbisik lembut ditelinga Afif. Is mengucapkan syukur dalam hatinya ke hadrat Illahi. Terima kasih Allah dengan nikmat-Mu ini.

**************************************************
5 bulan kemudian...
Adunan tepung dikacau buat kali yang terakhir. Loyang dari rak dicapai. Adunan tepung dimasukkan ke dalam loyang. Kemudian, tangannya membuka oven dan memasukkan loyang tadi. Bibirnya menguntum senyum.
Bunyi telefon bimbitnya, menyentakkan lamunan. Mesej yang masuk dibaca. Spontan bibirnya tersenyum.

~Sayang, I love you. <3
-I love you too honey. <3
-Balik awal sikit tau abang. Afif ada suprise untuk abang.
~Okey. Will do sayang. Tunggu abang.

********************************************

Kek yang telah sejuk dihias dengan gula aising. Kemudian, kek tersebut dimasukkan ke dalam peti ais. Selepas itu, Afif mengemas dapur yang agak berselerak kerana memasak seharian.
“Assalamualaikum. Sayang abang balik ni.” Afif tersenyum mendengar suara Is. Jam yang menginjak ke angka 7.00 malam dikerling.
“Ye kejap, abang. Afif kat dapur ni.” Afif membasuh tangannya dan berlalu ke depan.
“Sedapnya sayang. Sayang masak apa ni?” Is memanjangkan leher selepas mencium dahi Afif. Cuba melihat apa yang di masak oleh Afif.
“Eh abang pergilah mandi dulu. Solat maghrib dulu. Lepas tu baru boleh makan.” Afif menolak badan Is ke dalam bilik.
“Okey. Sekejap ye sayang. Abang mandi dulu. Tapi boleh tak kalau sayang teman abang?” Is tersenyum nakal.
“Teman apa? Haih. Takkan dah tua-tua ni aban takut nak mandi sorang kot.” Afif ketawa mengusik. Dia faham sebenarnya apa yang dimaksudkan Is. Sengaja dia pura-pura tidak mengerti.
“Ohh. Sayang panggil abang tua ye. Tak kira, sayang kena teman abang juga.” Is sudah menarik tangan Afif ke dalam bilik air.
“Abang. Tak payahlah. Abang mandi jelah dulu. Afif belum siap kemas dapur lagi.” Afif cuba melepaskan pegangan tangan Is.
“Hish! Degil pulak sayang ni. I don’t care. Sayang kena teman abang jugak.” Is menggendong Afif dan dibawa masuk ke bilik air. Afif hanya mampu terjerit. Is ketawa nakal. Gembira.

*************************************************

Selepas solat maghrib, mereka berdua turun ke bawah. Ketika Afif sedang mengambil nasi di dapur, Is menterbalikkan pinggan yang terlangkup di atas meja. Ketika itu, matanya terperasankan sampul yang terletak di bawah pinggan itu tadi. Tangan Is menarik keluar isi sampul dan spontan bibirnya mengukir senyum. Punggung diangkat dan kakinya melangkah ke dapur.
Pinggang Afif dipeluk dari belakang. Bahu Afif dicium lembut. Perut Afif diusap  perlahan.
“Abang dah tengok?” tanya Afif dengan senyuman. Tangannya lincah bekerja menghidangkan lauk pauk yang telah dimasak petang tadi. Kemudian lauk tersebut diletakkan di atas table top. Badannya dipusing menghadap Is.
“Dah sayang. Abang happy sangat. Thanks for the suprises.” Dahi dan pipi Afif dikucup bertalu-talu oleh Is. Afif hanya membiarkan. Kemudian, tubuh Afif diraih ke dalam pelukannya. Lama.
“Hmm. Abang..” Afif bersuara.
“Hmm..why sayang?” Is bertanya perlahan.
“Afif lemaslah . Abang peluk kuat sangat. Lagipun kalau abang peluk Afif je, bilanya kita nak makan abang ku sayang?” Is ketawa mendengarkan bicara Afif.
“Okey. Sorry sayang.” Is melepaskan pelukan. Wajah Afif ditatap penuh kasih. Pipi Afif dipegang. “Sayang. Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang. Dan terima kasih sebab sayang sudi mengandungkan zuriat abang. Dengan izin Allah, abang akan sentiasa berada di sisi sayang dan mencintai sayang sehingga ke akhir hayat abang.” Dahi Afif dikucup Is. Lama. Afif tersenyum. Bahagia. Sangat.
‘Afif pun akan sentiasa berada disisi abang dan mencintai abang seorang saja hingga akhir hayat Afif, dengan izin-Nya. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ini. Terima kasih Allah.’

qieyaz : 1912 : 15082013

Thanks for reading..^.^