Pada
perempuan itu, perbezaan antara makna
sahabat dan juga kawan itu sangat besar. Sahabat padanya orang yang sentiasa berada
bersamanya untuk berkongsi suka dan juga dukanya. Kawan pula baginya orang yang
hanya berada di waktu sukanya, tidak di waktu dukanya.
********************
Pada
perempuan itu, kebahagiaan orang sekeliling merupakan kebahagiaan dirinya
sendiri juga. Perempuan itu rela berkorban untuk kebahagiaan orang lain,
walaupun adakalanya dirinya bakal terluka. Perempuan itu lebih suka mencipta
tawa di bibir orang lain dari hanya bibirnya sendiri yang meletuskan tawa. Hatinya
seakan dapat merasakan kegembiraan yang sedang dirasai orang lain. Bibirnya mampu
mengukir senyuman, walaupun sakit dihatinya belum pulih.
********************
Hakikatnya,
perempuan itu sangat merindui sahabatnya. Sahabat lamanya. Pernah terlintas
difikirannya, apakah suatu persahabatan akan berakhir apabila suatu perpisahan
berlaku? Hanya kerana selepas satu perpisahan, mereka tidak berhubungan lagi
selepas itu, oleh itu, adakah wajar sekiranya perempuan itu meletakkan titik
noktah kepada hubungan yang persahabatan yang pernah terjalin itu? Kerana bagi
perempuan itu, suatu hubungan persahabatan tidak mempunyai titik penghujungnya.
Tiada penamatnya. Namun, perempuan itu sentiasa berdoa supaya semua hubungan
persahabatannya berkekalan sehingga ke syurga. Dengan izin-Nya. Amin~~
********************
Hari
ini keputusan peperiksaan perempuan itu keluar. Dengan lafaz bismillah, matanya
melihat keputusan yang terpapar di skrin komputer ribanya. Saat mindanya dapat
mencerna apa yang dilihatnya, sebak bertandang dihatinya. Kecewa kerana
perempuan itu tidak dapat mencapai targetnya. Saat mata perempuan itu
bertentangan dengan mata bening milik ibunya, air mata yang ditahannya gugur
jua. Ibu perempuan itu menenangkannya.
‘Jika kita telah beruasaha dengan
bersungguh-sungguh, redha dengan apa yang telah ditetapkannya. Jangan menidakkan
rezeki Allah’.
Segera perempuan itu beristighfar. Kemudiaan, ingatannya
berlayar pada ayat dalam satu novel yang pernah dibacanya.
‘Kita sepatutnya
bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Jangan kerana Dia menarik
satu daripada nikmat yang diberi, kita terus melupakan akan nikmat lain yang
pernah Dia kurniakan. Banyak sangat nikmat yang Allah dah berikan kepda kita. Jangan
apabila kita diuji sedikit, kita cepat mengeluh dan melatah’.
Sekali lagi
hatinya beristighfar. Dan dengan segera dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Illahi dengan keputusan yang diperolehnya.
********************
Perempuan
itu teringat akan 3 perkara yang Allah telah tentukan untuk seseorang sejak
azali yang pernah diberitahu ayahnya. 3 perkara tersebut adalah :
i. Ajal. Ajal seorang
hamba Allah tidak akan datang tercepat atau terlambat walau seminit pun. Apabila
telah sampai masanya malaikat maut akan datang menjemput tidak kira dimana kita
berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
ii. Jodoh. Setiap benda
dimuka bumi ini telah diciptakan Allah berpasang-pasangan. Cuma masa untuk
seseorang itu bertemu dengan jodohnya berbeza-beza. Cepat atau lambat, yang
pasti akan ketemu jua.
iii. Rezeki. Sesungguhnya rezeki
seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi. Namun ianya tidak akan datang
bergolek didepan mata. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan
rezeki yang telah itu. Sesungguhnya tiada apa yang lebih baik daripa aturan
Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya.
Thanks for reading..^.^