Friday, 16 August 2013

Coretan : 1..

Assalamualaikum..

Pada perempuan itu,  perbezaan antara makna sahabat dan juga kawan itu sangat besar.  Sahabat padanya orang yang sentiasa berada bersamanya untuk berkongsi suka dan juga dukanya. Kawan pula baginya orang yang hanya berada di waktu sukanya, tidak di waktu dukanya.

********************

Pada perempuan itu, kebahagiaan orang sekeliling merupakan kebahagiaan dirinya sendiri juga. Perempuan itu rela berkorban untuk kebahagiaan orang lain, walaupun adakalanya dirinya bakal terluka. Perempuan itu lebih suka mencipta tawa di bibir orang lain dari hanya bibirnya sendiri yang meletuskan tawa. Hatinya seakan dapat merasakan kegembiraan yang sedang dirasai orang lain. Bibirnya mampu mengukir senyuman, walaupun sakit dihatinya belum pulih.

********************

Hakikatnya, perempuan itu sangat merindui sahabatnya. Sahabat lamanya. Pernah terlintas difikirannya, apakah suatu persahabatan akan berakhir apabila suatu perpisahan berlaku? Hanya kerana selepas satu perpisahan, mereka tidak berhubungan lagi selepas itu, oleh itu, adakah wajar sekiranya perempuan itu meletakkan titik noktah kepada hubungan yang persahabatan yang pernah terjalin itu? Kerana bagi perempuan itu, suatu hubungan persahabatan tidak mempunyai titik penghujungnya. Tiada penamatnya. Namun, perempuan itu sentiasa berdoa supaya semua hubungan persahabatannya berkekalan sehingga ke syurga. Dengan izin-Nya. Amin~~

********************

Hari ini keputusan peperiksaan perempuan itu keluar. Dengan lafaz bismillah, matanya melihat keputusan yang terpapar di skrin komputer ribanya. Saat mindanya dapat mencerna apa yang dilihatnya, sebak bertandang dihatinya. Kecewa kerana perempuan itu tidak dapat mencapai targetnya. Saat mata perempuan itu bertentangan dengan mata bening milik ibunya, air mata yang ditahannya gugur jua. Ibu perempuan itu menenangkannya. 

‘Jika kita telah beruasaha dengan bersungguh-sungguh, redha dengan apa yang telah ditetapkannya. Jangan menidakkan rezeki Allah’.

 Segera perempuan itu beristighfar. Kemudiaan, ingatannya berlayar pada ayat dalam satu novel yang pernah dibacanya. 

‘Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Jangan kerana Dia menarik satu daripada nikmat yang diberi, kita terus melupakan akan nikmat lain yang pernah Dia kurniakan. Banyak sangat nikmat yang Allah dah berikan kepda kita. Jangan apabila kita diuji sedikit, kita cepat mengeluh dan melatah’. 

Sekali lagi hatinya beristighfar. Dan dengan segera dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan keputusan yang diperolehnya.

********************

Perempuan itu teringat akan 3 perkara yang Allah telah tentukan untuk seseorang sejak azali yang pernah diberitahu ayahnya. 3 perkara tersebut adalah :

i. Ajal. Ajal seorang hamba Allah tidak akan datang tercepat atau terlambat walau seminit pun. Apabila telah sampai masanya malaikat maut akan datang menjemput tidak kira dimana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.

ii. Jodoh. Setiap benda dimuka bumi ini telah diciptakan Allah berpasang-pasangan. Cuma masa untuk seseorang itu bertemu dengan jodohnya berbeza-beza. Cepat atau lambat, yang pasti akan ketemu jua.

iii. Rezeki. Sesungguhnya rezeki seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi. Namun ianya tidak akan datang bergolek didepan mata. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang telah itu. Sesungguhnya tiada apa yang lebih baik daripa aturan Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya.


Thanks for reading..^.^

No comments:

Post a Comment

luahan hati anda.. ^.^