Tuesday, 6 August 2013

Hipoglisemia..

Assalamualaikum..

Hari tu, aku ada dapat satu pamphlet berkaitan dengan hipoglisemia. So, today, nak sharelah serba sikit info tentang hipoglisemia tu. Menambah pengetahuan bak kata orang. Kepada yang dah tahu, nak baca boleh, tak nak baca pon takpe. Kepada yang tak tahu, silalah ambil tahu. Maybe benda ni boleh berlaku kat korang or family korang. So, at least, korang tahu apa yang patut dibuat. 

First of all, korang tahu apa bendakah itu HIPOGLISEMIA??? (yg tak tahu sila angkat keyboard..hehe..). Hipoglisemia adalah satu keadaan di mana tahap gula dalam darah rendah, iaitu di bawah paras 3.8 mmol/L. Antara sebab-sebab berlakunya hipoglisemia adalah kerana lambat makan atau tak makan, suntikan insulin ataupun sukatan ubat yang tak mengikut arahan dan juga senaman atau aktiviti yang berlebihan. 

Kita boleh detect hipoglisemia dengan beberapa tanda. Pertama, menggigil, menggeletar, berdebar, sejuk dan berpeluh. Kedua, pening, lapar, lemah letih dan mengantuk. Ketiga, gemuruh, tidak keruan, gelisah dan keliru. 


Hipoglisemia perlu diberikan rawatan dengan kadar segera. Kalau tak, pesakit boleh pengsan, diserang sawan dan juga koma. Bagi warga emas pula, tanda-tanda hipoglisemia adalah tidak spesifik. Kalau boleh, periksa dulu kandungan gula dalam darah untuk kepastian. Rawatan boleh diberikan dengan pelbagai langkah. Antarnya seperti makan 3 sudu gula atau 3 kiub gula batu, minum setengah tin air minuman ringan ataupun makan 1 sudu madu(pilih salah satu langkah je). Kesimpulannya, kena makan benda yang manis. 

rupa gula batu kepada yang tak tahu..

Hipoglisemia ni boleh dicegah kalau kita makan tepat pada waktunya. Kalau kita sakit, sekurang-kurangnya makan walaupun sikit. Janganlahlangsung tak makan. Bila kurang sihat pulak, buat pemeriksaan bacaan gula dengan lebih kerap. Paras gula normal kalau kita berpuasa adalah bawah 7mmol/L. Manakala, paras gula normal 2 jam selepas makan adalah 8-10mmol/L.

Okey!!! Korang dah tahukan apa itu hipoglisemia? Apa tanda-tandanya dan rawatan apa yang perlu diberi? So, lepas ni, bolelah praktikkan apa yang korang tahu kalau berlaku kecemasan. :)

Thanks for reading..^.^

No comments:

Post a Comment

luahan hati anda.. ^.^