*Assalamualaikum..
cerita ini ditulis dari idea yang hadir secara rawak..
tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun dengan yang telah pergi..
“At!! Tunggu aku.” At berpaling
lipat maut dengan muka berkerut seribu. Melihatkan Dian yang sudah semakin
hampir, At meneruskan langkahnya yang dimatikan.
“Woi. Apasal kau jalan laju sangat
ni? nak kejar apa?” apakehal minah ni jalan laju bebenor. Penat aku. Semput.
Pfft.
“Weh. Kau ni apasal?” Dian bertanya
lagi. At ni dah kenapa? Terkena sawan bisu ke?
At berhentikan langkah kaki. Dian
pun ikut berhenti sekali. At paling pandang muka Dian. Dian ternganga.
“At kau ni kenapa? Sapa yang buat
kau ni?” Alamak aku nak buat apa ni. Apasal si At ni nangis pulak. Aku nak buat
apa ni. Adui.
“At jom ikut aku.” Dian menarik
tangan At membuntutinya. Tak boleh jadi ni. Takkan nak biar At ni meleleh kat
sini pulak. Dahlah tengah-tengah laluan. Tak pasal-pasal jadi glamour, kalah M
Daud Kilau.
*********
-At saya tak layak untuk awak. Awak
carilah orang lain. Orang yang boleh sayang awak sepenuh hati. Yang boleh
bimbing hidup awak dan yang boleh bersama awak sampai akhir hayat awak. Saya
minta maaf.
-Saya kena jumpa awak. Mana boleh
nak mintak break guna mesej je. Pukul 2 ni kat tempat biasa. Awak kena datang
jugak, kalau tak saya cari awak sampai lubang cacing.
Zikri meraup mukanya kasar. Telefon
bimbit di tangan ditenungnya.
Ya Allah. Kenapalah budak ni susah
sangat nak paham bahasa melayu ni. Aku nak break dengan dia, demi kebaikan dia
sendiri juga. Demi masa depan dia. Aku tak nak dia merana.
*************
“Kenapa awak buat saya macam ni?
mana semua janji sumpah setia yang awak bagi kat saya dulu. Sehidup sematilah,
sayang saya selamanyalah. Awak tipu sayakan? Sampai hati awak.”
“At saya buat macam ni, sebab saya
tak nak awak merana. Saya tak boleh tengok awak sedih.”
“Zikri, awak ni memang tak paham
hati perempuan eh? Habis tu awak fikir, perbuatan awak tinggalkan saya ni,
boleh buat saya seronoklah. Boleh buat saya ketawa riang gembira? What a
nonsense?!” At melenting.
“At, satu hari nanti awak akan
paham juga kenapa saya tinggalkan awak sekarang ni. Lebih baik awak merana
sekarang, daripada awak merana kemudian hari.” Zikri tunduk, sembunyikan
kesedihan.
“Okey, fine!! Kalau awak memang nak
sangat break dengan saya. Beri saya satu alasan yang kukuh kenapa, kenapa awak
nak break dengan saya? I need to know why?” At pandang muka Zikri lama.
Zikri angkat muka, pandang muka At.
Mata Zikri redup pandang mata At yang dah berair.
“Sebab saya tak pernah cintakan
awak. Saya harap awak dapat jumpa orang yang boleh bahagiakan awak dunia dan
akhirat.”
At tergamam. Air mata menitis
perlahan turun kat pipi. Habis tu apa yang awak buat untuk saya selama 2 tahun
ni, tipu jelah? Awak main dengan perasaan saya jelah Zikri? Kenapa awak buat
saya macam ni? Majlis tunang kita lagi dua minggu je awak tau tak? Mulut At nak
jerit panggil nama Zikri, tapi lidah At kelu. Soalan-soalan yang At nak tanya
kat Zikri semua bergema kuat dalam hati saja.
************
“Kau biar betul At, Zikri nak
putuskan pertunangan korang ni? Otak aku tak dapat terima, tak dapat cerna apa yang
baru kau cerita kat aku ni.” Biar betul At ni? Dia orang berdua ni dah nak
tunang lagi dua minggu. Alih-alih, takde ribut, takde hujan, takde tsunami,
tiba-tiba Zikri mintak putus. Apa masalah ni?
“Tsk..Tsk.. Betullah Di. Apa kau
ingat aku main-main ke. Ini soal masa depan aku. Takkan aku nak tipu kau kot.”
Ish. Dah lah hingus ni. Berhentilah keluar. Meleleh je dari tadi.
“Kau dah tanya dia betul-betul?
Seriously dia nak break dengan kau?” Dahi Dian dah berkerut. Kalah PM fikir
masalah negara.
“Dah. Aku dah tanya dia bebetul.
Dia jawab macam tu jugak.”
Dari jauh terdengar sayup-sayup
suara orang memanggil nama At.
“At!!” At berpaling lemah tanpa tenaga
melihat siapakah gerangan yang memanggil.
“Kau nak apa?” Dian menyergah Addi
yang baru sampai termengah-mengah. Sibuk betullah mamat ni.
“Zikri..Zikri pengsan kat fakulti.
Dia dah kena hantar pergi hospital.” Addi terus cakap tanpa hiraukan soalan Dian.
“Apa??!! Kenapa Zikri boleh
pengsan? Dia sakit apa?” Ya Allah kau selamatkanlah Zikri.
“Aku tak tau At. Better kau pergi
jenguk dia dekat hospital.” Kalau ye pun, janganlah jerit kat tepi telinga aku
mak cik. Pekaklah sound aku kalau macam ni.
“Kau nak pergi mana ni?” Dian
menyampuk, bertanya pada Addi.
Langkah kaki Addi terhenti. “Aku
nak pergi main layang-layang. Kau nak ikut? Aku nak pergi jenguk Zikrilah mak
cik.” Dah kawan aku sakit, mestilah aku nak pergi jenguk dia. Sengal sungguhlah
minah ni.
“Aku sepak karang. Boleh pulakkan
kau buat lawak tengah-tengah kepala aku serabut ni.” Dian dah cekak pinggang.
“Addi, aku tumpang kereta kau boleh
tak?” At bukak mulut tanya pada Addi. Addi pandang Dian dengan pandangan tajam.
“Aku kena bawa Dian sekali. Dia kena ada dekat aku. Please Addi.” At merayu.
“Yelah. Yelah.” Addi mengaku kalah.
Aku lemah betul kalau ada perempuan merayu-rayu dekat aku ni. Haih. Nasib
baiklah At ni pandai pujuk kalau tak jangan harap kau nak naik kereta aku Dian.
Boleh blah.
***********************
“Zikri, saya datang ni.” At
menyentuh bahu Zikri. Lembut. Perlahan-lahan Zikri membuka matanya.
“Zikri, macam mana awak boleh jadi
macam ni? Awak sakit ke?” Air mata At mengalir perlahan. Sedih hatinya melihat
wajah Zikri yang pucat tidak bermaya.
“Saya..saya..” Zikri cuba bersuara
tetapi dia terlalu lemah. Tiba-tiba At terasa seperti bahunya disentuh. At
berpaling melihat tuan punya tangan. Mak cik Sarah. Ibu Zikri.
************************
“At, doktor kata, Zikri menghidap
barah otak tahap akhir.” Mak cik Sarah sudah menangis. At terpana mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut emak Zikri. Ya Allah dugaan apa yang Kau
berikan ini. Selamatkanlah Zikri ya Allah.
“Dia hanya mampu bertahan hanya
enam bulan sahaja lagi.” Mak cik Sarah menyambung. Suaranya tenggelam timbul
dek tangisannya. At yang tadinya kaku, terkejut apabila mak cik Sarah memegang
tangannya. Air matanya turut gugur ke pipi.
“Mak cik, saya nak teruskan juga
pertunangan saya dengan Zikri. Saya nak jadi isteri dia yang sah. Saya nak jaga
dia mak cik.” Ya aku mesti kuat. Aku mesti jaga Zikri. Hanya dia yang akan
menjadi raja di hatiku.
********************
“At awak jangan buat keputusan
melulu. Saya tak nak awak menyesal kemudian hari.” At jangan ikut hati sangat.
Saya hidup dah tak lama dah.
“Saya dah pikir masak-masak. Saya
tetap dengan keputusan saya. Saya nak jadi isteri awak.” At berhenti seketika
mencari kata yang sesuai. Mata Zikri ditenung penuh kasih. Meminta pengertian.
Zikri meraup wajahnya buat kesekian kali.
“Sungguh! Saya sayang kat awak At.
Sepenuh hati saya. Tapi saya tak begitu kejam nak hancurkan masa depan awak.
Takkan awak nak pegang title janda dengan usia awak yang masih muda?”
“Zikri saya tak kisah, saya tak
takut dengan title janda. Saya takut kalau saya menyesal kemudian hari, sebab
saya tak kahwin dengan awak sekarang. Saya akan rasa menyesal seumur hidup
saya.” At tertunduk. Menangis. Zikri hanya mampu memandang At dengan pandangan
kasih. Ya Allah jika benar dia diciptakan untukku, Kau permudahkanlah kami
mewarnakan hari yang akan datang dengan gembira. Berilah aku peluang untuk
membuatkan hati Hawa yang berada di hadapanku ini gembira.
**********************
“At betul kau nak kahwin dengan
Zikri ni?”Dian merenung mata At dalam. At mengangguk. Tersenyum. Dian mengeluh.
“Kenapa kau mengeluh Di?”
“Aku rasa kalau aku kat tempat kau,
belum tentu lagi aku akan buat apa yang kau buat. Keputusan kau ni sangat besar
pengorbanannya. Aku takkan mampu.”
“Di, kau belum rasa perasaan tu.
Perasaan sayang dan sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang. Yang kau
sayang. Apa-apa pun, thanks for everything Di. Kau sahabat aku dunia akhirat.
Sayang kau Di.” At memeluk Dian.
“Dah At, jangan peluk lelama. Aku
gelilah.”
**********************
Lima tahun berlalu.
“Adam, jangan lari laju-laju. Jatuh nanti.”
Ish Adam ni nakal betullah. Penatlah ibu nak jaga awak ni.
“Hargh!!” Satu tepukan hinggap di
bahu At.
“Opocot mak kau.” At melatah sambil
mengurut dadanya. “Di, salam mana? Apa ni main sergah-sergah.” At membuka mulut
setelah melihat Dian yang tersengih-sengih dibelakangnya. Aku siram susu botol anak
aku baru kau tau, Di. Sengih-sengih. Macam manalah kau boleh tahan dengan Dian
ni Addi.
“Assalamualaikum. Sorilah. Aku
excited sangat ni nak cerita kat kau something.” Dian masih senyum sampai ke
telinga. Ni dah kenapa pulak? Dian ni suka buat aku suspendlah.
“Apa dia? Cuba cerita. Cepatlah.”
Tengok tu dia senyum lagi. Aku tempeleng jugak Dian ni karang.
“Cepatlah cakap. Kau Di, kalau nak
buat iklan colgate kat sini baik tak payah. Atau pun nak buat iklan lipstick
pergi balik buat kat husband kau je.” At dah malas nak layan.
“Yelah. Yelah. Aku cerita. Kau nak
dengar ke tak ni?” Minah ni aku nak buat suspend sikit pun tak boleh. Hish.
“Cepatlah cakap. Ke kau nak aku
pinjam set karaoke pak Mail depan rumah tu, kau nak buat pengumuman bagi satu
taman ni dengar?”
“Ish kau ni. Ke situ pulak dia.
Okey-okey aku cerita.” Dian tarik nafas dalam-dalam. Mata At dicari. At pun
tenung mata Dian. Ikut ajelah drama minah ni. Nak bagitau cerita pun punyalah
payah. Hmm.
“At.” Nada Dian bertukar serius.
Cakaplah cepat. Benci betul aku kalau orang buat aku suspend ni. “I’m
pregnant.”
“Lah itu je pun. Kau pregnant je.” At dah paling pandang tempat lain. Macam berita tu tak penting je, tak sensasi je. Dian
dah touching nak tangkap leleh sebab At buat tak reti je. Tiba-tiba At paling
hadap muka Dian balik. Macam baru tersedar and baru dapat tangkap apa yang Dian
baru cakap tadi. “Di!! What??!! You’re pregnant!!! Ya Allah. Di, you’re
pregnant!!!!” At terus peluk Dian. Ya Allah terima kasih kerana telah memberi sahabatku
peluang merasai nikmat bergelar seorang ibu.
“I’m happy for you Di. Sangat
happy.” At mengangis. Dian pun menangis. Air mata gembira. Perempuan mudah
sangat touching kan??
“Thanks At.”
“Addi dah tau?”
“Belum. Aku pun baru tau pagi tadi. Aku ingat nak buat suprise
bila dia balik outstation malam nanti.” Dian tersenyum. Bahagia.
“Di you’re too much. Kau tau berita
ni pagi tadi , and baru sekarang kau bagitau aku.”
“Alololo. Merajuk pulak bucuk aku
ni. At sorilah At, aku sibuk dengan kerja pagi tadi. Tak sempat nak telefon
kau.” Mata Dian dah terwink-wink sambil buat muka kesian.
“Yelah. Aku takde duit kecik pulak
nak bagi kat kau Di.” At dah ketawa. Tak kuasa aku nak merajuk lelama. Buat
spoil mood aku je.
“Hampehlah kau At. Aku balik dulu
nak masak ni. Tu tengok si kecik kau tu. Makin ligat nampaknya.
Assalamualaikum.” At hanya memerhatikan kelibat Dian yang semakin menjauh.
“Abang, Di pregnant bang. Dia
bahagia dengan Addi, best friend abang tu.” At tersenyum. Sungguh At bahagia
hidup dengan abang, walaupun hanya untuk dua tahun. Ternyata, doktor hanya
menganggarkan hayat abang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Allah maha
mengetahui.
Abang, Adam dah besar sekarang.
Makin aktif bang. Kadang-kadang penat At nak jaga dia. Muka dia dah sebiji
macam abang. Mata dia, hidung dia, mulut dia, semua macam abang. Terubat rindu
At bila tengok muka anak kita bang.
Ingatan At melayang pada kandungan
surat yang diterima selepas seminggu Zikri kembali ke Rahmatullah. Surat yang
Zikri amanahkan pada Addi untuk diberi padanya setelah seminggu pemergiannya.
Surat yang yang masih dia baca setiap malam untuk melepaskan kerinduannya pada
Zikri. Surat yang hampir pudar tulisannya kerana terkena air matanya yang
menitik setiap kali membaca. Surat yang menjadi salah satu harta yang
terpenting yang dia ada sekarang.
Assalamualaikum,
Saat sayang membaca surat ini, beerti abang
sudah kembali pada-Nya. Abang bersyukur kerana Allah telah memanjangkan umur
abang buat seketika. Anggaran yang doktor jangkakan, ternyata meleset sama
sekali. Janganlah sayang bersedih lagi dengan pemergian abang. Sayang perlu
teruskan hidup ini. Jangan sekali-kali berputus asa. Sayang perlu kuat untuk
anak kita, Adam Aizril. Ingatlah abang akan sentiasa berada di sisi sayang.
Sayang,
Saat sayang katakan sayang mahu berkahwin
dengan abang walaupun sayang mengetahui abang akan pergi dulu, abang terkaku.
Ternyata abang mengambil langkah yang salah kerana abang merasakan sayang pasti
tidak mahu bersuamikan seseorang yang tidak akan hidup lama. Abang minta maaf
kerana menyakiti hati sayang ketika itu.
Sayang,
Abang berasa sangat bersyukur kerana berpeluang
mengenali sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dapat memiliki sayang. Dapat
berkahwin dengan sayang merupakan satu anugerah yang sangat indah dalam hidup
abang. Apabila sayang khabarkan sayang mengandung, abang rasa abang adalah lelaki
yang paling bertuah. Bertuah kerana kehadiran sayang melengkapkan hidup abang.
Sekiranya sayang tidak bertegas untuk berkahwin dengan abang dua tahun dulu,
mungkin abang tidak berpeluang untuk mengakhiri sisa-sisa hidup abang segembira
ini.
Sayang,
Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi
menjaga abang ketika abang sakit. Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi
menerima abang seadanya. Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi
mengandung dan melahirkan zuriat abang. Dan terima kasih juga pada sayang untuk
segalanya yang sayang lakukan pada abang.
Sayang,
Abang minta maaf kerana tidak dapat bersama
sayang sehingga ke akhir hayat sayang. Abang minta maaf kerana tidak dapat
bersama-sama sayang untuk melihat dan membesarkan anak kita. Abang minta maaf
sekiranya abang tidak dapat menjalankan kewajipan abang dengan sempurna pada
sayang selama kita berkahwin.
Ketahuilah abang sangat menyanyangimu sepenuh
hati abang. Sayang isteri abang di dunia dan InshaAllah di akhirat kelak. Abang
menginginkan sayang menjadi bidadari abang di syurga nanti. InshaAllah.
“Ibu. Ibu. Marilah kita balik. Adam
laparlah ibu.” Suara pelat Adam menyentakkan lamunan At. Segera air mata yang
bergenang diseka dengan hujung jari. Ya Allah jauhnya aku mengelamun.
“Alah kesiannya anak ibu. Lapar ye.
Jom kita balik.” Adam yang berusia tiga tahun itu didukung. Pipi Adam dicium
penuh kasih.
Abang terima kasih kerana
meninggalkan Adam pada At. Abang merupakan lelaki yang sangat sempurna pada
pandangan mata At. At juga sayang pada abang selamanya. InshaAllah. Sekiranya
Allah mengizinkan, At juga ingin menjadi bidadari abang di syurga kelak. Amin~~
qieyaz : 2051 : 13112012
thanks for reading..^.^