Friday, 23 November 2012

Cinta Sampai Syurga..



*Assalamualaikum..
cerita ini ditulis dari idea yang hadir secara rawak..
tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun dengan yang telah pergi..



“At!! Tunggu aku.” At berpaling lipat maut dengan muka berkerut seribu. Melihatkan Dian yang sudah semakin hampir, At meneruskan langkahnya yang dimatikan.
“Woi. Apasal kau jalan laju sangat ni? nak kejar apa?” apakehal minah ni jalan laju bebenor. Penat aku. Semput. Pfft.
“Weh. Kau ni apasal?” Dian bertanya lagi. At ni dah kenapa? Terkena sawan bisu ke?
At berhentikan langkah kaki. Dian pun ikut berhenti sekali. At paling pandang muka Dian. Dian ternganga.
“At kau ni kenapa? Sapa yang buat kau ni?” Alamak aku nak buat apa ni. Apasal si At ni nangis pulak. Aku nak buat apa ni. Adui.
“At jom ikut aku.” Dian menarik tangan At membuntutinya. Tak boleh jadi ni. Takkan nak biar At ni meleleh kat sini pulak. Dahlah tengah-tengah laluan. Tak pasal-pasal jadi glamour, kalah M Daud Kilau.

*********

-At saya tak layak untuk awak. Awak carilah orang lain. Orang yang boleh sayang awak sepenuh hati. Yang boleh bimbing hidup awak dan yang boleh bersama awak sampai akhir hayat awak. Saya minta maaf.

-Saya kena jumpa awak. Mana boleh nak mintak break guna mesej je. Pukul 2 ni kat tempat biasa. Awak kena datang jugak, kalau tak saya cari awak sampai lubang cacing.

Zikri meraup mukanya kasar. Telefon bimbit di tangan ditenungnya.
Ya Allah. Kenapalah budak ni susah sangat nak paham bahasa melayu ni. Aku nak break dengan dia, demi kebaikan dia sendiri juga. Demi masa depan dia. Aku tak nak dia merana.

*************

“Kenapa awak buat saya macam ni? mana semua janji sumpah setia yang awak bagi kat saya dulu. Sehidup sematilah, sayang saya selamanyalah. Awak tipu sayakan? Sampai hati awak.”
“At saya buat macam ni, sebab saya tak nak awak merana. Saya tak boleh tengok awak sedih.”
“Zikri, awak ni memang tak paham hati perempuan eh? Habis tu awak fikir, perbuatan awak tinggalkan saya ni, boleh buat saya seronoklah. Boleh buat saya ketawa riang gembira? What a nonsense?!” At melenting.
“At, satu hari nanti awak akan paham juga kenapa saya tinggalkan awak sekarang ni. Lebih baik awak merana sekarang, daripada awak merana kemudian hari.” Zikri tunduk, sembunyikan kesedihan.
“Okey, fine!! Kalau awak memang nak sangat break dengan saya. Beri saya satu alasan yang kukuh kenapa, kenapa awak nak break dengan saya? I need to know why?” At pandang muka Zikri lama.
Zikri angkat muka, pandang muka At. Mata Zikri redup pandang mata At yang dah berair.
“Sebab saya tak pernah cintakan awak. Saya harap awak dapat jumpa orang yang boleh bahagiakan awak dunia dan akhirat.”
At tergamam. Air mata menitis perlahan turun kat pipi. Habis tu apa yang awak buat untuk saya selama 2 tahun ni, tipu jelah? Awak main dengan perasaan saya jelah Zikri? Kenapa awak buat saya macam ni? Majlis tunang kita lagi dua minggu je awak tau tak? Mulut At nak jerit panggil nama Zikri, tapi lidah At kelu. Soalan-soalan yang At nak tanya kat Zikri semua bergema kuat dalam hati saja.

 ************

“Kau biar betul At, Zikri nak putuskan pertunangan korang ni? Otak aku tak dapat terima, tak dapat cerna apa yang baru kau cerita kat aku ni.” Biar betul At ni? Dia orang berdua ni dah nak tunang lagi dua minggu. Alih-alih, takde ribut, takde hujan, takde tsunami, tiba-tiba Zikri mintak putus. Apa masalah ni?
“Tsk..Tsk.. Betullah Di. Apa kau ingat aku main-main ke. Ini soal masa depan aku. Takkan aku nak tipu kau kot.” Ish. Dah lah hingus ni. Berhentilah keluar. Meleleh je dari tadi.
“Kau dah tanya dia betul-betul? Seriously dia nak break dengan kau?” Dahi Dian dah berkerut. Kalah PM fikir masalah negara.
“Dah. Aku dah tanya dia bebetul. Dia jawab macam tu jugak.”
Dari jauh terdengar sayup-sayup suara orang memanggil nama At.
“At!!” At berpaling lemah tanpa tenaga melihat siapakah gerangan yang memanggil.
“Kau nak apa?” Dian menyergah Addi yang baru sampai termengah-mengah. Sibuk betullah mamat ni.
“Zikri..Zikri pengsan kat fakulti. Dia dah kena hantar pergi hospital.” Addi terus cakap tanpa hiraukan soalan Dian.
“Apa??!! Kenapa Zikri boleh pengsan? Dia sakit apa?” Ya Allah kau selamatkanlah Zikri.
“Aku tak tau At. Better kau pergi jenguk dia dekat hospital.” Kalau ye pun, janganlah jerit kat tepi telinga aku mak cik. Pekaklah sound aku kalau macam ni.
“Kau nak pergi mana ni?” Dian menyampuk, bertanya pada Addi.
Langkah kaki Addi terhenti. “Aku nak pergi main layang-layang. Kau nak ikut? Aku nak pergi jenguk Zikrilah mak cik.” Dah kawan aku sakit, mestilah aku nak pergi jenguk dia. Sengal sungguhlah minah ni.
“Aku sepak karang. Boleh pulakkan kau buat lawak tengah-tengah kepala aku serabut ni.” Dian dah cekak pinggang.
“Addi, aku tumpang kereta kau boleh tak?” At bukak mulut tanya pada Addi. Addi pandang Dian dengan pandangan tajam. “Aku kena bawa Dian sekali. Dia kena ada dekat aku. Please Addi.” At merayu.
“Yelah. Yelah.” Addi mengaku kalah. Aku lemah betul kalau ada perempuan merayu-rayu dekat aku ni. Haih. Nasib baiklah At ni pandai pujuk kalau tak jangan harap kau nak naik kereta aku Dian. Boleh blah.

***********************

“Zikri, saya datang ni.” At menyentuh bahu Zikri. Lembut. Perlahan-lahan Zikri membuka matanya.
“Zikri, macam mana awak boleh jadi macam ni? Awak sakit ke?” Air mata At mengalir perlahan. Sedih hatinya melihat wajah Zikri yang pucat tidak bermaya.
“Saya..saya..” Zikri cuba bersuara tetapi dia terlalu lemah. Tiba-tiba At terasa seperti bahunya disentuh. At berpaling melihat tuan punya tangan. Mak cik Sarah. Ibu Zikri.

************************

“At, doktor kata, Zikri menghidap barah otak tahap akhir.” Mak cik Sarah sudah menangis. At terpana mendengar kata-kata yang keluar dari mulut emak Zikri. Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan ini. Selamatkanlah Zikri ya Allah.
“Dia hanya mampu bertahan hanya enam bulan sahaja lagi.” Mak cik Sarah menyambung. Suaranya tenggelam timbul dek tangisannya. At yang tadinya kaku, terkejut apabila mak cik Sarah memegang tangannya. Air matanya turut gugur ke pipi.
“Mak cik, saya nak teruskan juga pertunangan saya dengan Zikri. Saya nak jadi isteri dia yang sah. Saya nak jaga dia mak cik.” Ya aku mesti kuat. Aku mesti jaga Zikri. Hanya dia yang akan menjadi raja di hatiku.

********************

“At awak jangan buat keputusan melulu. Saya tak nak awak menyesal kemudian hari.” At jangan ikut hati sangat. Saya hidup dah tak lama dah.
“Saya dah pikir masak-masak. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya nak jadi isteri awak.” At berhenti seketika mencari kata yang sesuai. Mata Zikri ditenung penuh kasih. Meminta pengertian. Zikri meraup wajahnya buat kesekian kali.
“Sungguh! Saya sayang kat awak At. Sepenuh hati saya. Tapi saya tak begitu kejam nak hancurkan masa depan awak. Takkan awak nak pegang title janda dengan usia awak yang masih muda?”
“Zikri saya tak kisah, saya tak takut dengan title janda. Saya takut kalau saya menyesal kemudian hari, sebab saya tak kahwin dengan awak sekarang. Saya akan rasa menyesal seumur hidup saya.” At tertunduk. Menangis. Zikri hanya mampu memandang At dengan pandangan kasih. Ya Allah jika benar dia diciptakan untukku, Kau permudahkanlah kami mewarnakan hari yang akan datang dengan gembira. Berilah aku peluang untuk membuatkan hati Hawa yang berada di hadapanku ini gembira.

**********************

“At betul kau nak kahwin dengan Zikri ni?”Dian merenung mata At dalam. At mengangguk. Tersenyum. Dian mengeluh.
“Kenapa kau mengeluh Di?”
“Aku rasa kalau aku kat tempat kau, belum tentu lagi aku akan buat apa yang kau buat. Keputusan kau ni sangat besar pengorbanannya. Aku takkan mampu.”
“Di, kau belum rasa perasaan tu. Perasaan sayang dan sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang. Yang kau sayang. Apa-apa pun, thanks for everything Di. Kau sahabat aku dunia akhirat. Sayang kau Di.” At memeluk Dian.
“Dah At, jangan peluk lelama. Aku gelilah.”

**********************

Lima tahun berlalu.
 “Adam, jangan lari laju-laju. Jatuh nanti.” Ish Adam ni nakal betullah. Penatlah ibu nak jaga awak ni.
“Hargh!!” Satu tepukan hinggap di bahu At.
“Opocot mak kau.” At melatah sambil mengurut dadanya. “Di, salam mana? Apa ni main sergah-sergah.” At membuka mulut setelah melihat Dian yang tersengih-sengih dibelakangnya. Aku siram susu botol anak aku baru kau tau, Di. Sengih-sengih. Macam manalah kau boleh tahan dengan Dian ni Addi.
“Assalamualaikum. Sorilah. Aku excited sangat ni nak cerita kat kau something.” Dian masih senyum sampai ke telinga. Ni dah kenapa pulak? Dian ni suka buat aku suspendlah.
“Apa dia? Cuba cerita. Cepatlah.” Tengok tu dia senyum lagi. Aku tempeleng jugak Dian ni karang.
“Cepatlah cakap. Kau Di, kalau nak buat iklan colgate kat sini baik tak payah. Atau pun nak buat iklan lipstick pergi balik buat kat husband kau je.” At dah malas nak layan.
“Yelah. Yelah. Aku cerita. Kau nak dengar ke tak ni?” Minah ni aku nak buat suspend sikit pun tak boleh. Hish.
“Cepatlah cakap. Ke kau nak aku pinjam set karaoke pak Mail depan rumah tu, kau nak buat pengumuman bagi satu taman ni dengar?”
“Ish kau ni. Ke situ pulak dia. Okey-okey aku cerita.” Dian tarik nafas dalam-dalam. Mata At dicari. At pun tenung mata Dian. Ikut ajelah drama minah ni. Nak bagitau cerita pun punyalah payah. Hmm.
“At.” Nada Dian bertukar serius. Cakaplah cepat. Benci betul aku kalau orang buat aku suspend ni. “I’m pregnant.”
“Lah itu je pun. Kau pregnant je.”  At dah paling pandang tempat lain. Macam  berita tu tak penting je, tak sensasi je. Dian dah touching nak tangkap leleh sebab At buat tak reti je. Tiba-tiba At paling hadap muka Dian balik. Macam baru tersedar and baru dapat tangkap apa yang Dian baru cakap tadi. “Di!! What??!! You’re pregnant!!! Ya Allah. Di, you’re pregnant!!!!” At terus peluk Dian. Ya Allah terima kasih kerana telah memberi sahabatku peluang merasai nikmat bergelar seorang ibu.
“I’m happy for you Di. Sangat happy.” At mengangis. Dian pun menangis. Air mata gembira. Perempuan mudah sangat touching kan??
“Thanks At.”
“Addi dah tau?”
“Belum. Aku pun baru  tau pagi tadi. Aku ingat nak buat suprise bila dia balik outstation malam nanti.” Dian tersenyum. Bahagia.
“Di you’re too much. Kau tau berita ni pagi tadi , and baru sekarang kau bagitau aku.”
“Alololo. Merajuk pulak bucuk aku ni. At sorilah At, aku sibuk dengan kerja pagi tadi. Tak sempat nak telefon kau.” Mata Dian dah terwink-wink sambil buat muka kesian.
“Yelah. Aku takde duit kecik pulak nak bagi kat kau Di.” At dah ketawa. Tak kuasa aku nak merajuk lelama. Buat spoil mood aku je.
“Hampehlah kau At. Aku balik dulu nak masak ni. Tu tengok si kecik kau tu. Makin ligat nampaknya. Assalamualaikum.” At hanya memerhatikan kelibat Dian yang semakin menjauh.
“Abang, Di pregnant bang. Dia bahagia dengan Addi, best friend abang tu.” At tersenyum. Sungguh At bahagia hidup dengan abang, walaupun hanya untuk dua tahun. Ternyata, doktor hanya menganggarkan hayat abang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Allah maha mengetahui.
Abang, Adam dah besar sekarang. Makin aktif bang. Kadang-kadang penat At nak jaga dia. Muka dia dah sebiji macam abang. Mata dia, hidung dia, mulut dia, semua macam abang. Terubat rindu At bila tengok muka anak kita bang.
Ingatan At melayang pada kandungan surat yang diterima selepas seminggu Zikri kembali ke Rahmatullah. Surat yang Zikri amanahkan pada Addi untuk diberi padanya setelah seminggu pemergiannya. Surat yang yang masih dia baca setiap malam untuk melepaskan kerinduannya pada Zikri. Surat yang hampir pudar tulisannya kerana terkena air matanya yang menitik setiap kali membaca. Surat yang menjadi salah satu harta yang terpenting yang dia ada sekarang.

Assalamualaikum,

Saat sayang membaca surat ini, beerti abang sudah kembali pada-Nya. Abang bersyukur kerana Allah telah memanjangkan umur abang buat seketika. Anggaran yang doktor jangkakan, ternyata meleset sama sekali. Janganlah sayang bersedih lagi dengan pemergian abang. Sayang perlu teruskan hidup ini. Jangan sekali-kali berputus asa. Sayang perlu kuat untuk anak kita, Adam Aizril. Ingatlah abang akan sentiasa berada di sisi sayang.

Sayang,
Saat sayang katakan sayang mahu berkahwin dengan abang walaupun sayang mengetahui abang akan pergi dulu, abang terkaku. Ternyata abang mengambil langkah yang salah kerana abang merasakan sayang pasti tidak mahu bersuamikan seseorang yang tidak akan hidup lama. Abang minta maaf kerana menyakiti hati sayang ketika itu.

Sayang,
Abang berasa sangat bersyukur kerana berpeluang mengenali sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dapat memiliki sayang. Dapat berkahwin dengan sayang merupakan satu anugerah yang sangat indah dalam hidup abang. Apabila sayang khabarkan sayang mengandung, abang rasa abang adalah lelaki yang paling bertuah. Bertuah kerana kehadiran sayang melengkapkan hidup abang. Sekiranya sayang tidak bertegas untuk berkahwin dengan abang dua tahun dulu, mungkin abang tidak berpeluang untuk mengakhiri sisa-sisa hidup abang segembira ini.

Sayang,
Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi menjaga abang ketika abang sakit. Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi menerima abang seadanya. Abang berterima kasih pada sayang kerana sudi mengandung dan melahirkan zuriat abang. Dan terima kasih juga pada sayang untuk segalanya yang sayang lakukan pada abang.

Sayang,
Abang minta maaf kerana tidak dapat bersama sayang sehingga ke akhir hayat sayang. Abang minta maaf kerana tidak dapat bersama-sama sayang untuk melihat dan membesarkan anak kita. Abang minta maaf sekiranya abang tidak dapat menjalankan kewajipan abang dengan sempurna pada sayang selama kita berkahwin.

Ketahuilah abang sangat menyanyangimu sepenuh hati abang. Sayang isteri abang di dunia dan InshaAllah di akhirat kelak. Abang menginginkan sayang menjadi bidadari abang di syurga nanti. InshaAllah.


Yang amat menyayangimu,
Abang.

“Ibu. Ibu. Marilah kita balik. Adam laparlah ibu.” Suara pelat Adam menyentakkan lamunan At. Segera air mata yang bergenang diseka dengan hujung jari. Ya Allah jauhnya aku mengelamun.
“Alah kesiannya anak ibu. Lapar ye. Jom kita balik.” Adam yang berusia tiga tahun itu didukung. Pipi Adam dicium penuh kasih.
Abang terima kasih kerana meninggalkan Adam pada At. Abang merupakan lelaki yang sangat sempurna pada pandangan mata At. At juga sayang pada abang selamanya. InshaAllah. Sekiranya Allah mengizinkan, At juga ingin menjadi bidadari abang di syurga kelak. Amin~~

qieyaz : 2051 : 13112012

thanks for reading..^.^

No comments:

Post a Comment

luahan hati anda.. ^.^