Thursday, 31 January 2013

Future..

Assalamualaikum..

Holla..Aku rindu nak merepek kat sini..Hee :D
Aku tetiba teringat my conversation dengan ayah aku haritu. Aku tanya kat ayah aku camni, 

"Ayah along lagi setaon setengah je nak habis degree ni. Lagi 3 sem je. Nanti kalau along dah habis belajar, pastu along tak dapat kerja macam mana?" Sambil pandang muka ayah ngan mama aku selang seli. Ayah aku diam jap dengar soalan aku.

"Sekarang ni ayah tengok peluang kerja yang banyak, jadi cikgu. Kerja cikgu sekarang ni tak macam dulu. Sekarang cukup lapan tahun jadi cikgu, naik pangkat (dalam kepala aku, "and ofkos gaji pon naik"..tengok aku ni, dalam kepala duit je khojenye..huhu). Cikgu dulu, kerja lama pun belum tentu boleh naik pangkat."

"Tapi along tak minat nak jadi cikgu. Nanti anak orang tu along belasah pulak. Along ni dah lah kurang kesabaran sikit bab nak mengajar orang nih."

"Apa2 peluang yang datang, ambik je dulu. Kalau lepas grad nanti tak dapat kerja dalam bidang yang along belajar sekarang ni, ayah rasa baik sambung belajar. Amek diploma bidang perguruan. Bidang maths or sains. Kalau time belajar nanti dapat panggilan kerja, berhentilah belajar tu. Bukannya tak boleh." Ayah aku sambung. Aku dah kerut2 dahi pikir. Biar betul aku jadi cikgu. Haih.

"Tapi kalau kerja kerajaanlah. Kalau kerja swasta ayah tak galakkan." Ayah aku sambung lagi.

"Kalau along nak sambung master, ayah rasa macam mana pulak?"

"Boleh. Tapi ayah prefer along kerja dulu. Masa bekerja tu nanti boleh sambung master. Sebab pada ayah, level degree ni dah tinggi. Kelayakan orang nak ambik kita kerja pun, selalunya degree tu dah lepas dah. Nanti takot bila belajar sampai master, orang takot nak ambik bekerja. Sebab level dah tinggi, dan takot orang tu pikir gaji yang dorang ditawarkan tak sesuai dengan level kita. Melainkan along nak jadi pensyarah, bolehlah sambung terus master lepas habis degree ni."

"Kalau along sambung master, tapi dalam bidang lain macam mana yah?" Well aku ingat nak amik bussiness untuk master if result aku tak memberangsangkan nanti. Tak pon maybe aku buat double degree. Hmm.

"Lebih baik sambung master dalam bidang yang sama. Supaya orang boleh rujuk kita dalam bidang yang kita betul2 mahir. Tapi along tengoklah yang mana along rasa terbaik. Ayah hanya boleh bagi pendapat je. Along pikir dan buat keputusan." 

Lepas ayah aku cakap macam tu, aku diam lagi. Hmm. Aku tak tahu jalan mana yang aku rasa better untuk masa depan aku. Well, memanglah kawan2 aku cakap kita lambat lagi nak grad. And aku pon rasa camtu jugak. But sekarang ni, masa berjalan dengan cepat sangat. Pejam celik, pejam celik, aku dah masuk tahun dua semester dua. Lagi setahun je tau nak habis degree ni. So? At least, aku ada pikir jugaklah, walaupun amende yang aku pikir ni pun aku tak tahu hala tujunya.

Apa2 pon, yang penting sekarang ni, aku kena habiskan degree ni dulu. Aku perlu pastikan yang aku dapat kelas satu bila grad nanti. Dengan izin Allah SWT. 

Thanks for reading..^.^

p/s : aku pi shopping tadi..and dalam masa satu jam aku dah habiskan about RM200..memang boros aku ni..huhu


Friday, 25 January 2013

Ketawa..


Assalamualaikum..

Kali just nak share something yang cousin aku post kat aku time aku tengah tension study week hari tu. Puas aku ngadu paksa dia buat or bagi something yang boleh buat aku gelak. Haha. :D
By the way, tak tahulah pulak cousin aku amek cerita ni kat mana. But it’s really made my mood. Aku gelak tak henti kot. But i guess, depends pada orang jugak kot. Hee. :D
Okey, whatevers. So here it is.

Cerita 1 : Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam taik." 
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,"Bau macam taik." 
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Cerita 2 : Kencing

Satu hari Chot terbangun malam. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet. Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri. Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi, lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.
"Dah... dia buat dah perangai lama... awat hang kencing dlm peti ais...???”

Cerita 3 : Keluarga Saya





Cerita 4 : Hantu


Hopefully this entry could make your mood, just like it’s works on me the other day.

Thanks for reading..^.^

p/s : thanks to my cousin, Aliah..and thanks to them(writers and ohtidak.com)..:D
and sorry if tak censored cerita 1 tu yer..

Thursday, 24 January 2013

Beloved parent..



Assalamualaikum...

Macam mana agaknya perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Tentu indah dan bahagia kan masa tu. Well, tak tahulah nak describe feeling tu macam mana, sebab aku terang nyata dan bersuluh lagi belum melalui saat2 itu. :)

Dan aku percaya semua ibu bapa dalam dunia ini sangat menyayangi anak mereka. Tak kiralah sama ada ibu atau bapa itu bersikap buruk atau jahat, but somehow deep inside mereka mesti punyai rasa sayang itu walau sedikit. :D

Sesungguhnya aku bersyukur kerana telah diberikan ayah dan mama yang sangat menyayangi diri ini. Merekalah yang telah melahirkan dan membesarkan diri ini dengan penuh kesabaran. Kedua ayah dan mamaku telah memberikan sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi, mendidik aku dengan cukup sempurna, menyediakan segala keperluan dengan mencukupi, menjaga aku setiap kali aku sakit, bersusah payah untuk menghantar aku ke sekolah ketika aku masih kecil.

Aku tahu jika mahu ditulis setiap pengorbanan yang ayah dan mamaku telah lakukan, sememangnya sehingga esok pagi pun takkan habis, sampai air laut kering pun belum tentu aku berhenti menulis, sampai hujung dunia pun belum tentu lagi aku mampu mengingati setiap pengorbanan yang mereka telah lakukan. Aku sangat berterima kasih kepada kedua ayah dan mamaku, meskipun aku tahu ungkapan terima kasih ini tidak mencukupi untuk membalas segala pengorbanan mereka semasa membesarkan aku.

Aku mengaku aku bukanlah seorang anak yang cukup baik dan solehah. Masih kadang2 tertinggi suara, masih kadang2 merengus membantah, masih kadang2 membelakangkan mereka walaupun aku sedar mereka yang utama selepas Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW. Namun aku masih dalam proses membaiki kekurangan diri ini. Aku masih sedang berusaha menjadi seorang anak yang solehah. Dengan izin-Nya, aku akan terus berusaha, meskipun perjalanan itu tidak mudah dan penuh dengan dugaan.

Aku hiba apabila melihat wajah runsing dan kusut kedua ayah dan mamaku. Wajah pening mereka. Kerana aku tidak mampu untuk membantu mengurangkan beban mereka. Bagaimana? Aku buntu. Aku sangat ingin membantu ayah dan  mamaku, namun aku tidak terdaya. Namun aku sedar, aku alpa dan lupa akan kebesaran-Nya. Aku lupa untuk berdoa dan meminta dari-Nya. Hanya pada-Nya aku berserah dan memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan, diberi kebahagiaan sehingga keakhir hayat mereka. Tidak lupa juga  'Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah memelihara aku sewaktu aku kecil' disetiap hujung solatku.

Thanks for reading..^.^

p/s : aku bergaduh dgn adik aku semalam..konon mogok taknak cakap dengan dia sehari..alih2 aku pulak yang touching lebih sebab pagi tadi dia cakap dengan mama aku camni "Along semalam masak maggie tak pelawa orang makan sekali pun. Ajak adik dengan bo je(adik kedua and ketiga aku)."..aku memang selalu tak pernah lupa adik2 aku if aku masak or buat something..tapi bila aku dah marah or terasa i'll better keep quiet before keluar perkataan yang tak sepatutnya..nak buat cemana, nasib koranglah dapat along yang macam ni kan.. ^__^

Friday, 18 January 2013

Hoyeah!!! Cuti!!!


Assalamualaikum..

Akhirnya!!!! 
Home sweet home. Finally my final exams has end!!! Pfft. Now time to hibernate!!! Hahah. Aku hanya mampu berdoa supaya result nanti semuanya elok2 saja. Hopefully. 

Semalam  masa nak balik rumah, aku x sempat nak give them,  my coursemate, a big2 hug and also a goodbye kiss(mean berlaga2 pipi eh). Tetiba rasa sedih pulak semalam. Touching2. Heheh. Sempat peluk and muah3 dengan my dearest roommate, Anis, Fiza and Tasha je semalam. Oh! Lupa pulak Qoe. 

However,  i felt so grateful that Allah have send them to me. To be friend with me, to accept my perangai and also my mood swings, which maybe annoying to them, sometimes(hopefully not).

I’m maybe not a good person that worth to be friend with, but i’m trying to be a good friend for them, being together to share their happiness and sadness and for all the faith that they have gave to me, i’m just want to said how much i thank you (x tahu nak ekspreskan perasaan ni macam mana). :D

Bukak sem nanti, aku harap kita boleh mewarnai (ceh! Ayat me-war-na-i..pergh!! haha) hari2 yang mendatang dengan penuh kesabaran dan juga keceriaan (heh! aku rasa geli dengan ayat aku sendiri ). Gonna miss u guys. Jaga diri elok2.

And before i’m forgot, for my roommate, she’s gonna have an operation this 8 February. 
To her : 
Kuatkan semangat kau. Don't lost hope. Semua dugaan yang Allah turunkan tu bersebab. Allah menguji kita hambanya kerana Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya. Semoga semuanya baik2 dan berjalan dengan lancar.  :)

p/s : happy holiday for all degree student!!! Have fun guys!! :)

Thanks for reading.. ^.^

Monday, 7 January 2013

Realiti atau mimpi??



Assalamualaikum..
Okey. Aku just nak share(lebih kepada bercerita =D) pengalaman malam semalam yang berlaku pada aku dengan roomate aku, Anis(bukan nama sebenar).

Ceritanya bermula begini..

Pada tarikh 7 Jan 2013, pukull 2.15 minit pagi..dengan keadaan yang sunyi sepi, sejuk dingin dan nyaman...

Korang mesti tertanya2, aku buat apa pukul 2.45 pagi? Kenapa tak tidur lagikan?(or korang tak ambil kisah pun? heh, takpe aku nak jugak bagitau. hee) Actually, sekarang ni, minggu peperiksaan kat universiti aku. So pukul 2-3 pagi ni standardlah kalau student yang nak jawab exam esoknya tak tidur lagikan?(sebab study last minit). 
Waktu ni, memang waktu aku online(rehatkan sekejap kepala) sebelum tidur. disebabkan kecoh kawan2 aku post kat facebook dengan twitter yang Aaron Aziz dukung Adira bride style dalam AJL27 tu, so, aku pun nak lah tengok jugak (aku ni salah satu peminat Aaron =) ). Semangat aku download video klip Ombak Rindu - Adira ft Hafiz AJL27 punya. Roomate aku masa tu dah baring atas katil lepas tengok klip video tu jugak. Dia ni pon peminat tegar Aaron Aziz. Selalunya paling lambat dia tidur pon pukul 1 pagi, tapi semata2 nak tengok Aaron angkat Adira punya pasal, sanggup dia tunggu youtube loading selama sejam lebih sebab line slow pagi tadi. 
(kalau korang nak tengok klik sini : AJL27 Hafiz ft Adira - Ombak Rindu)
Lepas roomate aku tengok klip video tu, dia pun terlelap. Masa ni jam dah pukul 2.45 pagi, aku teruskanlah kerja2 men'download' aku yang belum habis tu sambil layan lagu korea guna earphone. Tiba2, roomate aku bukak mata, pandang aku yang tengah duduk kat meja study waktu tu. Dia tanya aku macam ni.
"Kenapa Fau??"
"Hah?? Apa yang kenapa??" Aku terkejut. Tetiba pulak dia bangun dari tidur pandang aku pastu tanya kenapa. Sepatutnya aku yang patut tanya dia kenapa?? 
"Kenapa kau panggil nama aku tadi?" Anis tanya lagi.
"Bila masa pulak aku panggil nama kau ni? Mana ada." Aku menafikan. Masa ni aku dah start rasa lain macam.

"Eh. Yeke? Kau takde panggil nama aku ke tadi?" Anis tanya tak percaya.

"Betullah. Aku takde panggil nama kau." Bersungguh2 lagi aku nafikan tu. Benda macam ni bukan boleh buat main memalam camni. 

"Eh..Yeke? Kau takde sebut pape ke tadi? Kau tak panggil nama aku?" Anis masih tak percaya lagi ni.

"Mana ada!!! Anniiisss!!!! Kau biar betul Niss!! Aku tak dengar pape pon." Aku dah bangun berlari ke arah tingkap yang terbuka. kita orang ni kalau tidur memang fesyen yang tak reti nak tutup tingkap memalam. Panas!! Lagipon, bilik kita orang kat tingkat lima, sapa pulak yang nak dok mengintaikan. 

"Heh! Kau biar betul Fau!! Aku dengarlah kau panggil nama aku..Serius..Tak tipu.."

"Anniiss.." Aku dah buat muka macam nak menangis. Jantung aku dah berdegup kencang hanya Allah je yang tahu. Bulu roma aku dah start naik. Meremang. 

"Aku nak pegi toilet jap. kau jangan tidur dulu." Aku buat2 berani, padahal hati aku dah kecut kemain lagi. 

"Jom..Jom..Aku pun nak pegi jugak.." Anis pon nak ikut masok toilet jugak. 

Masa nak keluar ke toilet yang kat kat depan bilik kita orang tu, aku dah jalan ke depan bape langkah je dari Anis yang tengah nak tutup pintu. Tetiba....

"Faaaauuuu!!!" Aku dengar Anis menjerit kat belakang. Aku yang kononnya berani jalan dulu kat depan tadi terus melompat pegi kat Anis balik, berdiri kat belakang dia, sambil tarik2 baju kelawar dia. Serius aku terkejut plus takootttt giler tahap gaban. 

"Apa?" Aku tanya dia dengan suara yang nak nangis dengan muka aku pandang bawah dengan tangan aku masih kat baju kelawar dia. 

"Tunggula aku." Anis balas dengan suara yang nak nangis jugak. Ceh!! Aku ingat dia ada nampak benda yang bukan2. Jantung aku macam nak tercabut je bila dengar dia jerit tadi. Aku pun tunggu dia tutup pintu dan masuk toilet bersama2(buang air asing2 tau).

Dalam toilet..

"Fau..kau dah ke belom? Cepatlah.."

"Jom. Jom."

Dalam bilik....

Anis terus ambil bantal untuk tutup muka and telinga dia. Aku pulak terus baring kat atas katil and cuba lelapkan mata walaupun susah. Jantung aku masih belum berhenti berdegup lagi ni. Nak je aku ajak Anis tidur kat katil aku(sampai macam tu sekali aku takut =D), tapi bila aku tengok Anis macam dah tidur, aku diam jelah. Last2, aku jugak yang tak boleh tidur. Tapi lepas aku baca doa tidur, 3 Qul, ayat kursi semua(segala apa yang aku ingat aku baca), Alhamdulillah tertidur jugak akhirnya. Walaupun aku tak tahu aku terlelap pukul berapa. 
Persoalannya, betul ke Anis ni dengar suara orang panggil dia? Realiti ke? Ataupun dia tengah mimpi time tu? hmm..
p/s : please pray for me. i have 6 more papers to go. 
Thanks for reading..^.^

Friday, 4 January 2013

Happy new year dan monyet??



Assalamualaikum..

Rasanya masih belom terlambat kot if nak wish HAPPY NEW YEAR!!! =D
Maaflah tak sempat nak wish on time pada pukul 12.00 pagi 1 Januari hari tu. Masa tidak mengizinkan. Sebab sekarang ni minggu exam. Jadi masa digunakan sebaiknya-baiknya untuk membaca buku(walaupun, apa yang dibaca belom tentu aku boleh ingat). =D. Masuk tahun ni dah 2 kali aku sambut new year dengan buku. Huhu.

So, I’m unofficially 21 sekarang nih. Dah tua rasenye. Macam tak boleh nak percaya umur dah masok 21, tapi perangai masih lagi macam kanak-kanak ribena(bila angin bebudak datang menyerang jelah. Hehe.).

Well, ada dua perkara yang jadi pada 31 disember 2012 dan 1 januari 2013 hari tu. Memang jadi kenangan aku duduk kat universiti ni. Nak dijadikan cerita, pada petang 31 Disember tu, aku bersama dengan rumate ku yang terchenta masih lagi bertahan kat depan buku atas meja study(Dengan laptop terbuka. Rasanya korang boleh tahu apa yang kami buat instead of study. Hehe. kita orang ni kalau laptop terbuka kat depan, bunyi bom atom pon kita orang buat tak tahu je.). Meja study aku tak menghadap tingkap, sama dengan rumate aku. 

So, bila aku pusing nak panggil rumate ku yang terchenta, tetiba aku rasa aku macam nampak kelibat bertenggek dekat tingkap. Dan bila aku berpaling pusing betul2 menghadap tingkap untuk memastikan benda apa yang sedang bertenggek itu, aku terkejut dan terus menjerit macam orang gila. Mana taknya, bapak monyet rupanya yang sedang bertenggek kat tingkap bilik aku sambil skodeng makanan yang boleh dibawa lari.

Rumate aku yang sedang khusyuk study tu pon sama2 terkejut dan join aku menjerit sekali(tapi aku rasa aku yang over. Haha.). So kami berlari mendapatkan pintu untuk keluar dari bilik, sebab bapak monyet tu dah tunjuk gigi dia. Aku lintang pukang lari dari meja study aku, menuju ke pintu sampai tersadung karpet dan jatuh terduduk atas lantai, tapi masih gagah lagi nak keluar dari bilik. Bila sampai depan pintu, aku dengan rumate aku berebut pulak nak bukak pintu dengan suara terjerit2 yang belum habis lagi(macam monyet tu memang nak terkam kita orang je. Padahal monyet tu releks je lagi bertenggek kat tingkap tu.). Bila dah berjaya keluar bilik, aku pergi ketuk pintu bilik kawan aku kat sebelah nak pinjam penyapu, kononnya nak halau monyet tu guna penyapulah kan, sambil rumate aku men’shoosh2’ halau monyet tu dari luar bilik.

Aku ketuk pintu bilik kawan aku tu sampai nak roboh, dia tak bukak2 jugak pintu, sebab dia tengah dengar earphone. Haish. =.=’. Waktu ni kita orang masih lagi belum berhenti menjerit. Rasanya sampai tingkat bawah sekali boleh dengar suara kita orang menjerit terpekik terlolong. Dan akhirnya bila aku berjaya mendapatkan penyapu dari bilik sebelah, monyet tu pon dah berambus dengan mencuri roti gardenia kecik yang aku baru makan sekeping. Sekeping tau!!! Bukan 10 keping. Huhu. Apalah nasib. Tapi, aku berterima kasih kepada monyet tu, sebab dah berjaya me’release’kan tension aku dengan terjerit pekik macam orang gila dan menceriakan hariku(ayat rumate aku). Sebab bila aku dengan rumate aku ingat balik kejadian tu, sumpah kita orang gelak sampai sakit perot. Haha.

1 januari ni pulak, jari hantu kanan aku tersepit kat pintu bilik masa nak pergi toilet. Huhu. Bengkak seyh!!! Sakit gila!!! Dahlah 2 januari tu aku ada first paper. Nasib baik aku dah boleh menulis kalau tak haru. Hari ni baru surut sikit bengkak jari aku.

Ni contoh monyet yang sedang bertenggek kat tingkap. Tapi tingkap bilik aku jenis tingkap daun tu.

Macam nilah rupa bapak monyet yang tunjuk gigi kat kita orang tu. Sebijik!!!

Okey, sebenarnya itu je yang nak cerita kali ni. Kenangan aku bersama monyet di ambang tahun baru. Haha. So, sorry if this entry bored you up. =D

Thanks for reading..^.^