Assalamualaikum...
Macam mana agaknya
perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Tentu indah dan bahagia kan masa tu.
Well, tak tahulah nak describe feeling tu macam mana, sebab aku terang nyata
dan bersuluh lagi belum melalui saat2 itu. :)
Dan aku percaya semua ibu bapa dalam dunia ini sangat menyayangi anak mereka. Tak kiralah sama ada ibu atau bapa itu bersikap buruk atau jahat, but somehow deep inside mereka mesti punyai rasa sayang itu walau sedikit. :D
Dan aku percaya semua ibu bapa dalam dunia ini sangat menyayangi anak mereka. Tak kiralah sama ada ibu atau bapa itu bersikap buruk atau jahat, but somehow deep inside mereka mesti punyai rasa sayang itu walau sedikit. :D
Sesungguhnya aku bersyukur
kerana telah diberikan ayah dan mama yang sangat menyayangi diri ini. Merekalah yang telah melahirkan dan membesarkan diri ini dengan penuh kesabaran. Kedua ayah
dan mamaku telah memberikan sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi,
mendidik aku dengan cukup sempurna, menyediakan segala keperluan dengan
mencukupi, menjaga aku setiap kali aku sakit, bersusah payah untuk menghantar
aku ke sekolah ketika aku masih kecil.
Aku tahu jika mahu
ditulis setiap pengorbanan yang ayah dan mamaku telah lakukan, sememangnya
sehingga esok pagi pun takkan habis, sampai air laut kering pun belum tentu aku
berhenti menulis, sampai hujung dunia pun belum tentu lagi aku mampu mengingati
setiap pengorbanan yang mereka telah lakukan. Aku sangat berterima kasih kepada
kedua ayah dan mamaku, meskipun aku tahu ungkapan terima kasih ini tidak
mencukupi untuk membalas segala pengorbanan mereka semasa membesarkan aku.
Aku mengaku aku
bukanlah seorang anak yang cukup baik dan solehah. Masih kadang2 tertinggi
suara, masih kadang2 merengus membantah, masih kadang2 membelakangkan mereka
walaupun aku sedar mereka yang utama selepas Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW. Namun aku masih dalam proses
membaiki kekurangan diri ini. Aku masih sedang berusaha menjadi seorang anak
yang solehah. Dengan izin-Nya, aku akan terus berusaha, meskipun perjalanan itu tidak mudah dan penuh dengan dugaan.
Aku hiba apabila melihat wajah
runsing dan kusut kedua ayah dan mamaku. Wajah pening mereka. Kerana aku tidak
mampu untuk membantu mengurangkan beban mereka. Bagaimana? Aku buntu. Aku
sangat ingin membantu ayah dan mamaku,
namun aku tidak terdaya. Namun aku sedar, aku alpa dan lupa akan kebesaran-Nya.
Aku lupa untuk berdoa dan meminta dari-Nya. Hanya pada-Nya aku berserah dan
memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan,
diberi kebahagiaan sehingga keakhir hayat mereka. Tidak lupa juga 'Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah memelihara aku sewaktu aku kecil' disetiap hujung solatku.
Thanks for reading..^.^
p/s : aku bergaduh dgn adik aku semalam..konon mogok taknak cakap dengan dia sehari..alih2 aku pulak yang touching lebih sebab pagi tadi dia cakap dengan mama aku camni "Along semalam masak maggie tak pelawa orang makan sekali pun. Ajak adik dengan bo je(adik kedua and ketiga aku)."..aku memang selalu tak pernah lupa adik2 aku if aku masak or buat something..tapi bila aku dah marah or terasa i'll better keep quiet before keluar perkataan yang tak sepatutnya..nak buat cemana, nasib koranglah dapat along yang macam ni kan.. ^__^
No comments:
Post a Comment
luahan hati anda.. ^.^