Assalamualaikum..
Rasanya masih belom terlambat kot if nak wish HAPPY NEW
YEAR!!! =D
Maaflah tak sempat nak wish on time pada pukul 12.00 pagi 1
Januari hari tu. Masa tidak mengizinkan. Sebab sekarang ni minggu exam. Jadi masa
digunakan sebaiknya-baiknya untuk membaca buku(walaupun, apa yang dibaca belom
tentu aku boleh ingat). =D. Masuk tahun ni dah 2 kali aku sambut new year
dengan buku. Huhu.
So, I’m unofficially 21 sekarang nih. Dah tua rasenye. Macam
tak boleh nak percaya umur dah masok 21, tapi perangai masih lagi macam
kanak-kanak ribena(bila angin bebudak datang menyerang jelah. Hehe.).
Well, ada dua perkara yang jadi pada 31 disember 2012 dan 1
januari 2013 hari tu. Memang jadi kenangan aku duduk kat universiti ni. Nak dijadikan
cerita, pada petang 31 Disember tu, aku bersama dengan rumate ku yang terchenta
masih lagi bertahan kat depan buku atas meja study(Dengan laptop terbuka. Rasanya
korang boleh tahu apa yang kami buat instead of study. Hehe. kita orang ni kalau laptop
terbuka kat depan, bunyi bom atom pon kita orang buat tak tahu je.). Meja study aku
tak menghadap tingkap, sama dengan rumate aku.
So, bila aku pusing nak panggil rumate ku yang terchenta, tetiba aku rasa aku macam nampak kelibat bertenggek dekat tingkap. Dan bila aku berpaling pusing betul2 menghadap tingkap untuk memastikan benda apa yang sedang bertenggek itu, aku terkejut dan terus menjerit macam orang gila. Mana taknya, bapak monyet rupanya yang sedang bertenggek kat tingkap bilik aku sambil skodeng makanan yang boleh dibawa lari.
So, bila aku pusing nak panggil rumate ku yang terchenta, tetiba aku rasa aku macam nampak kelibat bertenggek dekat tingkap. Dan bila aku berpaling pusing betul2 menghadap tingkap untuk memastikan benda apa yang sedang bertenggek itu, aku terkejut dan terus menjerit macam orang gila. Mana taknya, bapak monyet rupanya yang sedang bertenggek kat tingkap bilik aku sambil skodeng makanan yang boleh dibawa lari.
Rumate aku yang sedang khusyuk study tu pon sama2 terkejut
dan join aku menjerit sekali(tapi aku rasa aku yang over. Haha.). So kami berlari
mendapatkan pintu untuk keluar dari bilik, sebab bapak monyet tu dah tunjuk
gigi dia. Aku lintang pukang lari dari meja study aku, menuju ke pintu sampai
tersadung karpet dan jatuh terduduk atas lantai, tapi masih gagah lagi nak
keluar dari bilik. Bila sampai depan pintu, aku dengan rumate aku berebut pulak
nak bukak pintu dengan suara terjerit2 yang belum habis lagi(macam monyet tu
memang nak terkam kita orang je. Padahal monyet tu releks je lagi bertenggek
kat tingkap tu.). Bila dah berjaya keluar bilik, aku pergi ketuk pintu bilik
kawan aku kat sebelah nak pinjam penyapu, kononnya nak halau monyet tu guna
penyapulah kan, sambil rumate aku men’shoosh2’ halau monyet tu dari luar bilik.
Aku ketuk pintu bilik kawan aku tu sampai nak roboh, dia tak
bukak2 jugak pintu, sebab dia tengah dengar earphone. Haish. =.=’. Waktu ni
kita orang masih lagi belum berhenti menjerit. Rasanya sampai tingkat bawah
sekali boleh dengar suara kita orang menjerit terpekik terlolong. Dan akhirnya
bila aku berjaya mendapatkan penyapu dari bilik sebelah, monyet tu pon dah
berambus dengan mencuri roti gardenia kecik yang aku baru makan sekeping. Sekeping
tau!!! Bukan 10 keping. Huhu. Apalah nasib. Tapi, aku berterima kasih kepada
monyet tu, sebab dah berjaya me’release’kan tension aku dengan terjerit pekik
macam orang gila dan menceriakan hariku(ayat rumate aku). Sebab bila aku dengan
rumate aku ingat balik kejadian tu, sumpah kita orang gelak sampai sakit perot. Haha.
1 januari ni pulak, jari hantu kanan aku tersepit kat pintu
bilik masa nak pergi toilet. Huhu. Bengkak seyh!!! Sakit gila!!! Dahlah 2
januari tu aku ada first paper. Nasib baik aku dah boleh menulis kalau tak
haru. Hari ni baru surut sikit bengkak jari aku.
Ni contoh monyet yang sedang bertenggek kat tingkap. Tapi tingkap bilik aku jenis tingkap daun tu.
Macam nilah rupa bapak monyet yang tunjuk gigi kat kita orang tu. Sebijik!!!
Okey, sebenarnya itu je yang nak cerita kali ni. Kenangan aku bersama monyet di ambang tahun baru. Haha. So, sorry if
this entry bored you up. =D
Thanks for reading..^.^
No comments:
Post a Comment
luahan hati anda.. ^.^