Tuesday, 20 August 2013

Friendship..

Assalamualaikum..

Oookkeeyyy..apa yer perasaan korang bila jumpa balik dengan kawan2 yang dah hampir 4 tahun  tak bersua muka? Tak berjumpa. Excited?? Nervous?? Happy?? Akward?? For me, semua perasaan tu bergabung menjadi satu rasa, yang sangat sukar aku tafsirkan. (Ceh!! Ayat takleh belah. Hee.)

Tapi betul. Semua rase tu bercampur jadi satu bila jumpa kawan yang dah lama tak tengok muka. Setakat bertegur sapa, bertukar khabar guna sms, gune facebook tu apalah sangatkan?  Bila aku jumpa balik kawan2 yang hampir 4 tahun tak berjumpa tu, aku memang kena akui satu benda. Satu kenyataan. Which is:

:: Yess manusia memang akan berubah seiring dengan masa. Berubah dari kurang baik menjadi baik dan dari baik menjadi lebih baik. Same with all my friends.

:: Hubungan persahabatan memang takde pengakhirannya.

Dan aku memang kena akui kebenaran satu quote ni. Tak ingat dah aku jumpa kat mana. Tapi bunyi dia lebih kurang macam ni lah :

Square has 4 ends..
Triangle has 3 ends..
Straight line has 2 ends..
Life has 1 end..
But friendship has no end..


*Tahniah diucapkan kepada seorang rakan, Aini, yang dah selamat dinikahkan dengan pasangannya pada 18 Ogos 2013. Semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan inshaAllah ke syurga kelak. Amin~~

Thanks for reading..^.^

Friday, 16 August 2013

Coretan : 1..

Assalamualaikum..

Pada perempuan itu,  perbezaan antara makna sahabat dan juga kawan itu sangat besar.  Sahabat padanya orang yang sentiasa berada bersamanya untuk berkongsi suka dan juga dukanya. Kawan pula baginya orang yang hanya berada di waktu sukanya, tidak di waktu dukanya.

********************

Pada perempuan itu, kebahagiaan orang sekeliling merupakan kebahagiaan dirinya sendiri juga. Perempuan itu rela berkorban untuk kebahagiaan orang lain, walaupun adakalanya dirinya bakal terluka. Perempuan itu lebih suka mencipta tawa di bibir orang lain dari hanya bibirnya sendiri yang meletuskan tawa. Hatinya seakan dapat merasakan kegembiraan yang sedang dirasai orang lain. Bibirnya mampu mengukir senyuman, walaupun sakit dihatinya belum pulih.

********************

Hakikatnya, perempuan itu sangat merindui sahabatnya. Sahabat lamanya. Pernah terlintas difikirannya, apakah suatu persahabatan akan berakhir apabila suatu perpisahan berlaku? Hanya kerana selepas satu perpisahan, mereka tidak berhubungan lagi selepas itu, oleh itu, adakah wajar sekiranya perempuan itu meletakkan titik noktah kepada hubungan yang persahabatan yang pernah terjalin itu? Kerana bagi perempuan itu, suatu hubungan persahabatan tidak mempunyai titik penghujungnya. Tiada penamatnya. Namun, perempuan itu sentiasa berdoa supaya semua hubungan persahabatannya berkekalan sehingga ke syurga. Dengan izin-Nya. Amin~~

********************

Hari ini keputusan peperiksaan perempuan itu keluar. Dengan lafaz bismillah, matanya melihat keputusan yang terpapar di skrin komputer ribanya. Saat mindanya dapat mencerna apa yang dilihatnya, sebak bertandang dihatinya. Kecewa kerana perempuan itu tidak dapat mencapai targetnya. Saat mata perempuan itu bertentangan dengan mata bening milik ibunya, air mata yang ditahannya gugur jua. Ibu perempuan itu menenangkannya. 

‘Jika kita telah beruasaha dengan bersungguh-sungguh, redha dengan apa yang telah ditetapkannya. Jangan menidakkan rezeki Allah’.

 Segera perempuan itu beristighfar. Kemudiaan, ingatannya berlayar pada ayat dalam satu novel yang pernah dibacanya. 

‘Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Jangan kerana Dia menarik satu daripada nikmat yang diberi, kita terus melupakan akan nikmat lain yang pernah Dia kurniakan. Banyak sangat nikmat yang Allah dah berikan kepda kita. Jangan apabila kita diuji sedikit, kita cepat mengeluh dan melatah’. 

Sekali lagi hatinya beristighfar. Dan dengan segera dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan keputusan yang diperolehnya.

********************

Perempuan itu teringat akan 3 perkara yang Allah telah tentukan untuk seseorang sejak azali yang pernah diberitahu ayahnya. 3 perkara tersebut adalah :

i. Ajal. Ajal seorang hamba Allah tidak akan datang tercepat atau terlambat walau seminit pun. Apabila telah sampai masanya malaikat maut akan datang menjemput tidak kira dimana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.

ii. Jodoh. Setiap benda dimuka bumi ini telah diciptakan Allah berpasang-pasangan. Cuma masa untuk seseorang itu bertemu dengan jodohnya berbeza-beza. Cepat atau lambat, yang pasti akan ketemu jua.

iii. Rezeki. Sesungguhnya rezeki seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi. Namun ianya tidak akan datang bergolek didepan mata. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang telah itu. Sesungguhnya tiada apa yang lebih baik daripa aturan Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya.


Thanks for reading..^.^

Our Lovely Sister : Story based on Korean Idols..

Watak-watak :
Kai - Khairul Syafiq / L
Kim - Akmal Hakimi / Woo Hyun
Dani - Amirul Daniel / Dong Woo
Shah - Khairil Shah / Sung Jong
Fiq - Syakir Afiq / Sung Gyu
Aziq - Haziq Hafiz / Hoya
Aqil - Luqman Aqil / Sung Yeol
Didi - Dian Liyana / JiAe

***************************************************************************

Fiq / Aziq / Aqil - 1 Mak.. Dani / Kim / Kai / Syah - 1 Mak.. Didi - 1 Mak..

Oleh kerana diaorang semua lelaki dan hanya Didi seorang je perempuan, diaorang semua janji akan protect Didi, satu satunya adik perempuan mereka walaupun just adik tiri. Hubungan mereka rapat dan sangat sayang menyanyangi satu sama lain. Abang2 Didi dari ibu yang pertama semuanya dah bekerja. Manakala seorang dari ibu kedua juga bekerja. Mereka mempunyai restoran sendiri yang telah diusahakan oleh arwah ayah mereka. ( Abang2 sangat suka membuli adik mereka)

********************************************************************************

“Didi, Didi dah sapu sampah belum ni, sayang ? kenapa berhabuk lagi ni ?’’ Fiq selaku abang tertua juga anak dari ibu yang pertama bersuara. Didi yang sedang mengelap tingkap terhenti perbuatannya. Dia berpaling mencari suara tersebut.

‘’Dah lah, bang. Didi dah sapu dah. Kalau tak bersih lagi, tu.. Suruhlah  abang Kai pulak buat. Dia tu tak buat apa2 pun sejak kita start mengemas tadi..’’ Balas Didi sambil tangannya menyambung mengelap tingkap.

‘’Eh, tak nak. Abang tak nak buatlah, sayang. Weih, Fiq. Kau pun tau kan aku ni pemalas. Tak suka mengemas.’’ Kai yang kebetulan lalu di situ bersuara.

‘’Abang ! Kemas lah ! Esok nak raya dah...’’ Arah Didi.

‘’Tak nak ! Hhahahaha !!!’’ Kai ketawa jahat sebelum berlari naik ke biliknya.

‘’Didi. Didi sayang ! Tolong abang Shah angkat kotak ni sayang. Beratlah!’’

‘’Sayang !! Tolong abang Kim pasang langsir. Susahlah. Abang  tak tau nak buat kerja perempuan ni, Didi.’’

‘’Didi, kenapa susah sangat nak basuh toilet ni ? Sayang, tolong abang Dani sini..’’

‘’Didi sayang. Macam mana nak basuh ikan ni ? Abang Aziq tak tau nak basuh. Kerja perempuan ni,sayang, Didi buatlah..”

‘’Dian Liyana... Abang Aqil tak tau nak guna washing machine ni.. Ajarkan abang, sayang !’’

Didi mengeluh. ‘’Wahai abang2ku, takkan tu pun tak pandai nak buat ? Dulu sebelum bulan puasa kan, abang2  jugak yang buat kerja2 tu. Didi penatlah. Sorang2 nak mengemas bulan puasa ni. Hesy !! Buatlah sendiri.’’ Jerit Didi membalas segala jenis jeritan yang memanggilnya tadi. Shah, Kim, Dani, Aziq, Aqil terdiam.

**********************************************************************************
‘’Yeah ~! Selamat hari raya, guys !!!’’ Jerit Aqil sambil berlari2 turun tangga.

‘’Oi ! Jatuh nanti !!’’ Jerit Fiq selaku abang yang paling tua diantara mereka. Aqil yang berada di tangga terakhir tersngih memandangnya.

‘’Abang, selamat hari raya , maaf zahir batin !!’’ Jerit Didi lantas tangan ketujuh2 abangnya disalam. Nak salam then ucap kat sorang2 ? Huh ! Jenuh jadinya nanti. Baik dia jerit then baru salam.

‘’Senaraikan semua kesalahan yang Didi buat kat abang.. Baru abang maafkan..’’ Kim, abang Didi yang paling suka mengusiknya bersuara bila Didi memegang tangannya. Dahi Didi berkerut.

‘’What the..... ?? Ni nak maafkan ke tak ? Main senarai bagai.. Maafkan jelah.. Hesy !’’ Rungut Didi. Tangan Kim dia salam dengan kasar.

‘’Amboi.. Berkasar lagi ni.. Dah bertambah ni.. Nak maafkan ke tak eh ?’’ Kim tersengih memandang Didi yang mukanya sudah masam mencuka.

‘’Ish ! Tak nak lah kawan abang !’’ Didi beralih ke Dani yang berdiri di sebelah Kim.

‘’Abang pun.. Senaraikan salah Didi pada abang. Then, abang maafkan.’’ Dani tersengih.

‘’Hah ??’’ Jerit Didi. Mukanya semakin masam. Dani dan Kim ketawa lantas ber hi-5.

‘’Alah, Didi.. Jangan lah merajuk sayang. Abang gurau je lah..’’ Kim memegang kepala Didi.

‘’Dah tu.. Ni maafkan ke tak ?’’ Tanya Didi.

‘’Iyelah.. Abang maafkan..’’  Balas Kim.

‘’And me, abang maafkan..’’ Sambung Dani sambil tersenyum. Didi ikut tersenyum

**********************************************************************************
‘’Abang ~!!! Lapar !! Na baegopa !!!’’ Jerit Didi. Perutnya ditepuk2 perlahan.

‘’Na baegopa ? Apa tu ?’’ Balas Aqil pelik. Didi tertawa. ‘’ Didi lapar.’’ Balas Didi sambil tersenyum. ‘’ Ye.. Abang tau Didi lapar. Abang tanya ‘na baegopa’ tu apa ?’’ Balas Aqil kembali.

‘’Didi lapar.”

‘’Aiy, budak ni lah. Na baegopa, na baegopa.. Na baegopa  tu apa ?’’

‘’Abang ni apa lah. Didi dah cakap Didi lapar. Aiy ~’’ Balas Didi sambil ketawa kuat.

‘’ Aiy hei ~ Di..’’

‘’Yelah2. Na baegopa means i’m hungry. OK, abang ?’’ Jawab Didi dengan sisa ketawanya.

‘’Aaaa.. OK2. Abang pergi buat dinner. Sayang tunggu kejap.’’ Kim yang hobinya suka memasak berlari masuk kedapur.

Beberapa jam kemudian, makanan siap terhidang di atas meja makan. Masing2 mengambil tempat mereka. Sedang mereka sedap2 suap nasi ke dalam mulut, elektrik terpadam. “Aaa..Aduh ! Shoot !!’’ Jerit Kim lantas berlari laju berdesup ke toilet.

‘’Oi, Oi sape dalam ni toilet ni, weih ? Cepat sikit, mek.. Tak boleh tahan dah ni. Nak terkeluar ni, mek.. !!’’ Sekuat hati pintu toilet di hadapannya diketuk. Namun, takde sape pun yang sahut.

‘’Hei, sape yang berani kacau aku nak sambut panggilan emergency ni ? Sape tu ? Dengar suara macam Kim.. Kim ke, mek ?’’ Jawab Shah. Kim diluar berkerut2 mukanya menahan sakit.

‘’Yeah. It’s me, Akmal Hakimi a.k.a Kim. Oi, sape dalam ni, mek oii ~ ? Aku tak tahan dah ni.’’ Balas Kim sambil cuba menahan rasa sakit juga rasa seperti sesuatu nak keluar.

‘’Ya, ya. It’s me, Shah. Khairil Shah. Why ya, Kim ?’’ Tanya Shah.

‘’Oit, Shah ! Keluar cepat, weih ! Aku punya dah nak terkeluar ni. Tak boleh jalan dah ni, pak cik oii.. Apa kau buat lama sangat dalam toilet ni ? Makan ke apa ?’’ Sekali lagi Kim mengetuk pintu toilet dihadapannya tu.

‘’Aku tengah santau kau. Kenapa ?’’ Balas Shah selamba. Kim di luar terkedu. Cuak sedikit.

‘’Hahahaha.. Rileks lah, Kim. Gurau je..’’ Sambung Shah.

‘’Woih ! Dalam aku tengah emergency ni, boleh pulak kau bergurau ? Cepatlah, Shah ~ Tak tahan ni. Sikit je lagi nak keluar.. Shah !!’’ Jerit Kim. Pintu toilet, sekali lagi diketuk bagai nak roboh.

 Beberapa saat selepas tu, Shah bersuara.

‘’ Kim, so sorry. Aku tak boleh keluarlah, beb.’’

‘’What ? Aiy hei.. Jangan main2 lah Shah. Aku tak tahan ni..’’ Balas Kim.

‘’Serious, Kim. Aku tak boleh keluar.’’ Jawab Shah.

‘’Keluarlah cepat !!’’ Jerit Kim. Dia sudah terlompat2 di depan toilet menunggu gilirannya.

‘’Aiyy.. Kau ni tak faham bahasa ke ? Aku . Tak. Boleh . Keluar. Understand, stupid ??’’ Ulang Shah satu persatu.

‘’Apasal tak boleh keluar, Abang Shah ?’’ Didi yang rimas mendengar suara orang terjerit2, lantas masuk campur. Sakit telingannya.

‘’A’ah. Apasal tak boleh keluar eh ? Aku pun pelik. Bukak pintu, then keluarlah. Apa susah eh ?’’ Ujar Kim pula.

‘’ Sebab aku dah keluarlah. Nak keluar macam mana lagi ? Kau tak nampak ke aku tercegat depan kau ni ?’’ Serentak dengan suara Shah, elektrik kembali hidup.

‘’Huh ? Oi, apasal tak cakap awal2. Aduh~ Erghh !! shoot you, Shah !’’ Kim kelam kabut menolak pintu toilet didepannya tu.

‘’Hoh , aaaaaaa ~ Lega ~!!!’’

‘’Woih !!!’’

**********************************************************************************
Esok pagi, Kim meminta Kai dan Didi menolongnya membuat kek. Tanpa bantahan dan alasan bagai, mereka menurut. ‘’Didi !’’ Panggil Kai. Namun, Didi tidak berpaling sedikit pun. Dia tahu yang Kai ingin mengenakannya kalau dia berpaling. Sekali lagi Kai memanggil apabila panggilan pertamanya tidak bersahut. ‘’Dian Liyana... Abang panggil ni, sayang..’’

‘’Ye..Ye.. Nak apa, abang ?’’ Jawab Didi sambil berpaling menghadap Kai. ‘’Nah !’’ Mata Didi membulat apabila tangan Kai yang dipenuhi tepung melekap di pipinya.

‘’Abang ! Apa ni ?’’ Marah Didi sambil mengesat pipinya yang bertepung. Dia merengus. ‘’Hesy, abang ni lah ! Abang Kim mintak abang tolong dia buat kek, bukannya main tepung macam ni.’’ Marah Didi lagi. Tanpa sedar tangannya yang bertepung juga dah melekap di pipi Kai.

‘’Dian Liyana ~!!!’’ Jerit Kai. Didi sengih bersalah. Terus dia membuka langkah seribu lari dari abangnya itu. Lari punya lari, akhirnya dia sampai di garaj kereta abang2nya. Kebetulan pulak, Aziq ketika tu sedang membasuh keretanya.

‘’Abang ! Abang Aziq, tolong Didi, bang !’’ Didi berlari menyorok dibelakang Aziq. Aziq terkejut. ‘’Hei, Kai ! Didi ! Apa ni main kejar2 ? Macam budak2 je lah..’’ Tegur Aziq.

‘’Aaaa... Abang ! Tulah.. Abang Kai kacau orang..’’ Adu Didi kepada abangnya. Aziq pandang Kai, and Kai kenyit matanya kepada Aziq bersama senyuman nakal di bibir. Didi yang perasan akan perbuatan Kai, segera menjauhi kedua2 abangnya tu.

‘’No, no, no.. Abang nak buat apa lagi ni ?’’ Tanya Didi risau. Dilihatnya kedua lelaki di hadapannya sudah tersenyum nakal memandang ke arahnya. Didi berundur setapak demi setapak.

‘’Now, Ziq !’’ Arah Kai dan Aziq segera bertindak.

‘’Arghhhh !! Abang, what the hell are you doing ?!’’ Jerit Didi yang sudah lencun dengan air paip yang Aziq halakan ke arahnya.

‘’Abang !! Stop !!!’’ Jerit Didi lagi. Ke mana dia lari pun, Aziq tetap halakan getah paip ke arahnya. Kai dan Aziq saling ber hi-5.

‘’Abang, I hate you !!’’

*********************************************************************************
Fiq mengetuk pintu bilik Didi dan melangkah masuk perlahan2. Dilihatnya Didi membalut dirinya dengan selimut tebal. Dia tersenyum.

‘’Sayang.. Jom dinner. Abang dah siapkan meja semua dah. Tinggal nak makan je.’’ Fiq duduk di hujung katil Didi dan menyentuh kaki Didi. Didi hanya diamkan dirinya.

“Didi, kenapa ni sayang ? Abang panggil, Didi diam je ?’’ Tanya Fiq. Dia bangun lalu bergerak ke kepala katil. Dahi dan leher Didi dia sentuh. ‘’Laaaa.. Ni kenapa panas ni ? Didi main hujan ke tadi ?’’ Tanya Fiq lagi.

‘’Eh ? Hujan ? Tadi ada hujan ke ? Rasa macam tak je ?’’ Fiq berkata dalam hatinya.

‘’Sayang bangun. Kita makan then Didi telan ubat ye ?’’ Sambung Fiq. Badan Didi ditarik supaya dia duduk. Pada waktu yang sama, pintu bilik ditolak dari luar.

‘’Laaa.. Ni apa yang lama sangat nak panggil adik kita ni bangun makan, ni Fiq ? Kebulur dah ni..’’ Ujar Aqil sambil melangkah masuk. Dia bercekak pinggang di hujung katil memandang Fiq dan Didi.

‘’Didi tak sihat lah, Qil..’’ Balas Fiq. Sekali lagi dahi dan leher Didi disentuh. ‘’ Hah ? Laa.. Ye ke ?’’ Aqil menghampiri Didi sambil bersuara.

‘’Hmm.. Tak pelah. Didi rehat je. Biar semua kerja rumah dalam rumah ni, abang2 Didi buat. Ok, sayang ?’’ Aqil bersuara lagi. Badan Didi ditolak perlahan supaya berbaring. Fiq dan Aqil berdiri.

‘’Sayang tidur eh ? Nanti abang bawak makanan masuk dalam bilik. Didi tidur dulu.’’ Fiq usap kepala Didi sebelum berlalu keluar. ‘’Daaa sayang...’’ Aqil menutup lampu sambil melambai2 ke arah Didi.
**********************************************************************************
Keesokan harinya, semua abang2 Didi bangun awal. Masing2 ada tugas sendiri untuk dibuat. Kelam kabut jadinya rumah mereka tanpa Didi yang selalu pantau kerja mereka. ‘’Guys, shoot ! Ouh, shoot ! Didi turun. Cepat kemas tempat ni !!’’ Kalut Kim bersuara bila dia ternampak Didi turun tangga.

‘’Abang ! Apa ni ?’’ Jerit Didi melihat ruang tamu rumah mereka berselerak.

‘’Ni nak mengemas ke nak bagi berselerak lagi ?’’ Sambung Didi sambil bercekak pinggang memandang abang2nya.

‘’Err.. Didi, jangan marah sayang. Didi tau kan kami ni tak tahu sangat buat kerja rumah selain memasak ? So, bila Didi tak tolong kami kemas rumah ni, macam nilah jadinya.’’ Kai bersuara sambil tersengih. ‘’What ? Tak tau kemas ? Aiy, abang. Selalu kan abang yang tolong Didi kemas. Macam mana hari ni boleh tak tau buat pulak ?’’ Balas Didi.

‘’Didi.. Yang selalu tu, abang kemas cantik sebab Didi pantau, Didi tolong. Hari ni kan kami buat sendiri tanpa Didi. So....’’

‘’Erghh !! Whatever lah abang. Now, tolong Didi kemas balik. Ingat orang sakit ni, dapatlah jugak nak rehat.. Ini tak.. Makin penat adalah.. Hesy !!’’ Rungut Didi. Dia mencapai bantal yang berterabur di lantai satu persatu.

‘’Ehh.. Di.. Tak payah lah. Didi duduk sana. Biar kami kemas. Sayang kan tak sihat.’’ Tahan Aqil. Bantal2 ditangan Didi, dia ambil. Namun, Didi hanya buat tak tahu. ‘’ Didi.. Jangan degil. Dengar cakap abang. Pergi duduk sana. Now !’’ Tegas Aqil. Matanya sengaja merenung Didi dengan penuh tajam. Akhirnya Didi mengalah. ‘’ Ye lah, ye lah !!’’

**********************************************************************************
Esok hari, Fiq, Aziq, Aqil dan Dani bersiap2 untuk pergi ke kerja manakala Kim, Kai, Shah dan Didi bersiap2 ke sekolah.

‘’Di.. Hari ni, kitaorang balik lambat. Ada dance practise sikit. Nanti Didi balik, don’t forget kunci pintu. Tau sayang ? Ingat ni pesan abang.’’ Ujar Fiq mengingatkan Didi yang mereka akan pulang lewat sikit untuk dance practise mereka.

‘’Ye, bang. Berapa kali lah abang nak pesan benda yang sama ni ? Didi ingat bang..’’ Didi mengangguk berkali2 meyakinkan abangnya.
‘’Hmm.. Kalau ingat tak pe.. Bagus2 ! Dah jom !’’ Fiq sudah bersedia di dalam kereta menunggu adik2nya.
Di dalam kereta, Dani bersuara yang mampu membuatkan duduk mereka semua tak senang. Masing2 jadi risau bila Dani berkata demikian.

‘’Aiy ~ Dani. Kau jangan lah buat aku tak senang duduk, weih ! Dah lah apa yang kau rasa tu, selalunya terjadi betul2.’’ Marah Kai. Dani hanya garu kepalanya. ‘’ But, serious. Guys, aku memang rasa akan ada benda buruk berlaku kat Didi. Believe me..’’

‘’Shoot ! Janganlah takutkan aku. Hari ni dah lah kita balik lambat dari selalu. Hesy! Dia nilah !’’ Kim menunjal perlahan kepala Dani. Dani tersengih.

‘’Guys, dah lah. Nasib baiklah Didi pergi sekolah naik bas. Kalau dia dengar ni, mahu kecik hati dia. And, guys.  Sometimes, apa yang Dani rasa memang akan terjadi. Tapi, ada jugak yang tak jadi. Right ? Ok. No need to worry.. Didi kan belajar silat. Kalau ada apa apa terjadi kat dia pun, dia boleh guna silat tu untuk protect diri dia sendiri..’’ Panjang lebar Fiq bersuara. Namun begitu, dia juga risau mendengarkan apa yang Dani beritahu mereka.

**********************************************************************************
Petang tu, abang2 Didi pulang dengan penuh happy sebab berjaya menguasai dance mereka. Namun, happy mereka hilang sebaik saja ternampak pintu rumah yang terbuka luas. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

‘’Pintu.... Terbuka.. Didi...’’

‘’Di..Di... Didi... Didi... Dian Liyana.. Where are you ?’’ Sebaik saja otak dapat berfikir, lantas Aqil memanggil adiknya.  Risaunya menjadi2 bila teringatkan apa yang Dani cakap pagi tadi. Tapi bukan Aqil sorang, yang lain juga busy memanggil Didi.

‘’Guys, shoot ! Where’s Didi ?’’ Jerit Shah yang berada di dalam bilik Didi. Bayang Didi lansung dia tak nampak. Kelam kabut jadinya bila mereka langsung tak jumpa Didi.

‘’Guys, here ! Look here..’’ Jerit Kai yang berada di dapur. Dengar je jeritan Kai, terus mereka bergegas ke dapur. ‘’What ? Apa terjadi ni ? Kenapa gelas pecah ni ?’’ Tanya Shah. Kai angkat bahu. ‘’I don’t know.. Aku masuk memang dah pecah. Guys, memang ada benda buruk berlaku kat Didi ke ? Seriously, aku risau gila ni...’’ Jawab Kai.

Dengan lemah, mereka semua kembali ke ruang tamu. ‘’Apa kita nak buat ni ? Didi takde sekarang ni. Mana kita nak cari dia, guys ?’’ Shah bersuara setelah agak lama mereka terdiam. Yang lain menggeleng mendengarkan pertanyaan Shah.

‘’Kalau aku tau benda ni akan terjadi, sumpah aku tak nak pergi practise tadi. Didi lagi penting dari tournament tu. Aeghh !! Benci betul lah !!’’ Aqil merengus. Bantal di tangan di baling ke dinding. Air mata mula bertakung di mata. Tunggu masa untuk menitis je, mengenangkan adik perempuan yang sangat disayanginya hilang.

‘’Abang ! Bila balik ?’’ Suara yang amat dikenali oleh tujuh lelaki di dalam rumah tersebut. Masing2 angkat kepala. Terkaku. Air mata yang menitis perlahan, mula laju mengalir melihat Didi yang tersenyum ke arah mereka. Muka Didi berubah.

‘’Laaa.. Ni apasal hujan semua ni ? Apa yang tak kena ?’’ Tanya Didi sambil menghampiri abang2nya. Satu persatu air mata yang mengalir di pipi abang2nya di lap. ‘’Didi lah ! Didi pergi mana abang panggil tak dengar ?’’ Tanya Kai. Dahi Didi berkerut.

‘’Didi pergi mana ? Didi kat belakang rumah je lah.. Abang kenapa ?’’ Tanya Didi semula. Kai berpandangan dengan adik beradiknya yang lain. Dahi masing2 berkerut.

‘’Oi, Aziq. Tadi kau kata Didi takde kat belakang rumah ?’’ Tanya Dani. Muka Aziq dipandangnya lama tak berkelip. ‘’Laa.. Mana aku tau. Tadi aku pergi tengok, memang takde. Kau nak aku buat apa ?’’ Balas Aziq.

‘’Didi ?’’

Didi tersenyum. ‘’Adalah.. Didi ada kat belakang. Sidai kain. Ermm.. Maybe masa abang Aziq pergi belakang, Didi tengah main kucing kat rumah sebelah kut.. Hmmm..’’ Jawab Didi.

‘’Then, kenapa kitaorang panggil, sayang tak sahut ? Panggil bukan panggil perlahan.. Jerit tau sayang ..’’ Tanya Kim. Kali ni, Didi tertawa. ‘’What’s funny, Didi ?’’ Tanya Kim. Didi berhenti ketawa tapi tetap tersenyum2.

‘’Haih, abang2.. Nampak ni ?’’ Didi menunjukkan headphone yang digantung di lehernya.

‘’Ermm..’’

‘’Hah ! Ni lah.. Time sidai kain tu, Didi pakai benda ni. Pasang kuat2.. Masuk rumah ni, baru Didi bukak. Ada faham ?’’ Terang Didi. Bibirnya masih tersenyum melihat abang2nya yang ‘blur’ semacam.

‘’Kenapa tak kunci rumah ? Abang ada pesan kunci pintu kan pagi tadi ? Kenapa tak kunci ? Tu, gelas kat dapur.. Kenapa boleh pecah ? Hah, kenapa ?’’ Tanya Kim masih tak puas hati dengar jawapan Didi yang baginya tak cukup lengkap.

‘’Hesy ! Banyak tanyalah abang ni ! Iyelah.. Didi bagitau reason dia.Pintu rumah tak berkunci sebab.. Pintu belakang tu, Didi cari kunci dia tak jumpa.. Then, Didi ikutlah pintu depan. Dah keluar, Didi lupa nak tutup semula. Gelas tu pulak, tadi Didi terlanggar masa angkat bakul baju tu. Kan berat.. Terkial2 nak angkat sampai terlanggar gelas tu. Ingat lepas sidai tu baru nak bersihkan... Last2, abang pulak yang jumpa dulu. OK, abang ? Puas dengan jawapan Didi ni ?’’ Terang Didi penuh panjang lebar. Dia tersengih bersalah.

‘’Sayang.. You always make us worry.. Jangan buat macam ni lagi eh, sayang ?’’ Kim bangun dari duduknya dan berdiri di depan Didi. Badan Didi ditarik lalu dipeluknya. Yang lain juga bangun lalu memeluk Didi sekali dengan Kim.

‘’Abang...’’

‘’Ermm ??’’

‘’Lemas...’’ Hampir tidak kedengaran suara Didi. Kai, Kim, Dani, Syah, Fiq, Aziq, Aqil terkejut. Lantas pelukan dileraikan. Dada Didi naik turun naik, mengatur semula pernafasannya.

‘’Peluk kuat sangat lah abang ni. Lemas tau tak ? Hesy !’’ Rungut Didi.

‘’Sorry, sayang ~’’ Serentak mereka bertujuh balas sambil tersengih. ‘’ Sape suruh buat orang risau ? Padan muka.. Lain kali buat lagi, abang kurung Didi dalam bilik. Tak payah keluar langsung. Baru tau..’’ Kim masih lagi geram dengan perangai Didi yang suka buat mereka bertujuh risau.

‘’Yelah ~ Sorry.. Didi tak buat lagi..’’ Didi tunduk. Suaranya pun perlahan seakan tak kedengaran. Abang2nya tersenyum.

‘’Abang ~~’’ Meleret je suara Didi.

‘’Hah !Ni mesti ada nak mintak something ni. Hah, cakap cepat. Apa dia ?’’ Fiq seakan dapat baca fikiran Didi, segera bersuara. Didi tersengih lebar. ‘’Tau pun.. Didi nak.....’’

‘’Apa ?’’ Pintas Aqil.

‘’Sabarlah. Didi nak...’’

‘’Apa dia ? Didi nak.. Didi nak.. Didi nak apa ni ?’’ Pintas Kai pula. Kurang sabar.

‘’Didi nak makan ! Lapar !!’’ Jerit Didi geram. Kai dan Aqil dijeling tajam.

‘’Laaaa... Tak makan lagi ke, sayang ? Ingat dah makan dah.. Haih ~!’’ ujar Aqil sambil tersenyum. Didi geleng.

‘’Tunggu abanglah ! Lambat sangat balik. Kebulur tau tak ? Cepat lah pergi masak. Orang dah lapar gila ni..’’ Balas Didi. Abang2nya dipandang.

‘’Didi, hari ni Didi diet eh, sayang ?. Kitaorang dah makan kat sekolah tadi..’’

‘’What ? Tak payah makan ?? Are you crazy, abang ? Didi lapar ni.....’’ Renget Didi. Lengan Fiq dipegang erat. ‘’Dia gurau je lah... Pergi tukar baju. Kita makan kat luar. Takde mood nak masak lepas kena main dengan Didi tadi..’’ Dani bersuara. Badan Didi di tolak naik ke atas.

‘’Kena main dengan Didi ? Bila masa pulak Didi mainkan abang ni ?’’ Balas Didi ‘blur’.

‘’Tadi lah.. Orang panggil buat2 tak dengar.. Make us worry....... Always...’’ Balas Dani. Didi cekak pinggangnya. ‘’Eh, hello ! Bila masanya ? Orang dengar lagu pakai headphonelah.. Didi pasang kuat2..’’

‘’Eih~ Sudah2. Didi, nak makan ke tak ? Abang kira sampai lima.. Didi tak gerak, nampaknya Didi kena diet lah hari ni..’’ Ujar Fiq. Mata Didi membulat.

‘’Satu....’’

‘’What, abang ?’’

‘’Dua...’’

‘’Abang, abang Dani yang mulakan dululah..’’

‘’Tiga...’’

Didi masih tak bergerak. Merenung Dani dengan penuh geram.

‘’Empat.. Didi, sayang nak makan ke nak diet ?’’

‘’Li.......’’
‘’Erghhh !!! OK2.. I’ll go. Huh !’’ Didi memulakan langkah beredar dari situ. Baru sampai di tangga pertama, Fiq memanggilnya.

‘’Sayang ~ Abang bagi masa 5 minit je untuk sayang bersiap. Lambat seminit,,, cancel !’’ Ujar Fiq sambil tersengih. ‘’Abang, mana cukup 5 minit ? Orang nak mandi, iron tudung lagi...’’ Mata Didi mengecil merenung Fiq.

‘’Didi nak pergi ke tak ? Dah 3 minit berlalu ni, sayang..’’ Sambung Fiq.

‘’Abang !!!!!!!’’

‘’OOO..Oopss.. Tinggal seminit lah, sayang..’’

‘’Abang !! I hate you..’’

‘’Hate you ? OK. Abang tak nak bawak.. Masa pun tinggal berapa saat je lagi ni..’’

‘’OK2.. Abang,, I love you..’’

‘’Aiy ~ Fiq sorang je ke yang dapat love dari sayang ? Aiy ~ Mana aci. Abang nak jugak !!’’ Aqil yang sedari tadi memerhati, masuk campur. Pandangan Didi beralih ke arah Aqil. Aqil hanya tersengih.

‘’Whatever lah abang. Didi nak mandi. Abang Fiq, tunggu Didi siap mandi. Baru pergi. Kalau tak, Didi tarik balik love Didi kat abang.’’ Ujar Didi lalu berpaling naik ke bilik. Makin dilayan, makin menjadi2 perangai abang2nya. Fiq berpandangan dengan adik beradiknya yang lain, sebelum semuanya menjawab....

‘’Yes, mem !!!’’

**********************************************************************************
Shah ketuk pintu bilik Didi pada esok pagi. Hanya tinggal Didi sorang je yang masih belum bersiap. Mereka yang lain semuanya sudah siap bersedia untuk pergi ke kerja dan ke sekolah.

‘’Sayang ~ Bangun. Didi sorang je yang tak siap lagi ni..’’ Shah bersuara sambil tangannya tak berhenti mengetuk pintu. Apabila takde jawapan, Shah terus buka pintu dihadapannya itu.

Bahu Didi digoyangkan perlahan. Namun, Didi menolaknya sehingga dia terduduk. Shah bangun. Langsir yang menutupi tingkap bilik Didi, dibuka seluas luas yang boleh.

‘’Abang, tutup2. Silau lah ~’’ Renget Didi. Matanya masih lagi terpejam. ‘’Takde2. Bangun cepat. Saje abang bukak luas2 biar Didi bangun. Cepat, Di !’’ Shah tarik tangan Didi dan menolaknya ke dalam toilet.

Sementara Aqil dan Kai menggosokkan baju sekolah Didi. Selalunya, Didi buat sendiri, tapi memandangkan hari ni Didi bangun lewat, terpaksalah mereka ironkan. ‘’Weih, mana nak iron tudung Didi ni, Kai ? Aku tak tau.. Kau buat lah !’’ Aqil membaling tudung Didi kepada Kai yang berdiri di belakangnya.

‘’Hush ! Tak nak ! Alah.... Iron jelah macam mana pun.. Sape suruh dia bangun lambat ? Biar je.. Nah, ambik balik !’’

‘’Ziq ! Cepat ni ! Bawak pergi depan pinggan mangkuk ni. Aku dah siap masak dah ni..’’ Kim menjerit dari dapur memanggil Aziq supaya menolongnya di dapur.

‘’Fiq mana ? Dani mana ? Suruhlah diaorang..’’ Balas Aziq yang duduk malas di ruang tamu.

‘’Ambiklah ni...Fiq tengah tolong Didi keringkan rambut dia.. Dani..ni haa.. Dalam toilet.. Emergency katanya.. Aiy ! Cepatlah !!’’ Arah Kim lagi.

Setelah lebih kurang setengah jam menguruskan Didi, mereka bersiap2 untuk keluar rumah. ‘’ Abang, nanti Didi ada kelas tambahan. Bas Didi ni tak tunggu Didi sampai pukul 5 petang tau abang.’’ Didi bersuara sebelum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam bas. Abang2nya dipandang.

‘’Ok ! Nanti sama ada abang, Aziq, Aqil, atau Dani jemput Didi balik. Petang nanti pun kitaorang ada practise sikit kat studio kawan abang tu.. Didi tunggu tau. Jangan pergi mana2 sampai abang jemput. OK, sayang ?’’ Balas Fiq. Didi angguk lalu melangkah naik ke dalam bas. Lepas je Didi beredar, mereka kelam kabut masuk ke dalam kereta.

‘’Susah betul lah macam ni. Fiq, kenapa kau tak biarkan je Didi tinggal kat asrama dia ? Alang2 dia dah masuk sekolah2 perempuan.. Kenapa tak suruh Didi berdikari ?’’ Ujar Dani. ‘’Kau sanggup ke nak berjauhan dengan Didi ?’’ Balas Fiq. Pantas Dani menggeleng. Kemudian, sunyi seketika kereta mereka.

‘’Guys, kenapa tiba2 perasaan semalam datang lagi kat aku ni ?’’ Ujar Dani tiba2 setelah lama mereka terdiam. Laju semua mata memandang ke arahnya.  ‘’Perasaan apa ye, Dani ?’’ Tanya Aqil.

‘’Err.. Aaa.. Err...’’ Dani teragak2 nak bagi tahu adik beradiknya yang lain.

‘’Hoi, sejak bila kau gagap ni ?’’ Kim tolak kepala Dani dari belakang. ‘’Err.. Takdelah. Aku.. Aku rasa ada benda buruk berlaku kat Didi lagi hari ni..’’ Balas Dani perlahan. ‘’ What ? Aiy ~ Jangan mengarutlah.. Tengok semalam. Mana ada benda buruk berlaku kat Didi. Takde punya hari ni benda buruk nak berlaku lagi.. Mengarut jelah kau ni, Dani.’’ Balas Kai pula. Dani terdiam mendengarkan kata adik2nya.

**********************************************************************************
Petang itu di studio,  mereka practise penuh semangat. Hanya tinggal sebulan lebih je lagi untuk tournament tu. Setelah lebih kurang 4-5 jam mereka practise, Fiq memberi arahan supaya berhenti sekejap. ‘’Guys.. Sekejap. Kita rehat kejap.’’ Arah Fiq. Yang lain mengangguk.

Dani mencapai botol minumannya yang diasingkan jauh dari adik beradiknya. Dia tak suka berkongsi minuman walaupun dengan adik beradiknya sendiri. Dia menunduk lalu botolnya dicapai.

‘’Eh ?’’ Botol yang hampir terlepas dari genggamannya dipegang erat kembali. Tiba2 je dia rasa berdebar semacam. Dadanya dipegang. ‘’ Apasal ni ?’’ Bisik hati Dani. Lalu dia berpusing menghadap adik beradiknya yang lain.

‘’Err.. Guys. Aku rasa tak sedap hatilah ~’’ Luah Dani kepada adik beradiknya yang lain. Satu persatu muka yang ada di dalam studio tersebut, dipandangnya dengan muka yang gelisah. Mendengarkan luahan Dani, masing2 terus tegak duduknya.

‘’Apalagi yang kau rasa ni, Dani ? Tak habis2 lagi ke dari pagi tadi ?’’ Tanya Shah. Muka abangnya itu dipandang lama. Dani terdiam seketika. Tangannya naik ke dada.

‘’Aku tak tau. Tiba2 je aku rasa berdebar semacam.. Serious, aku betul2 rasa tak sedap hati ni. Guys ~  Kenapa ni ?’’ Air matanya hampir saja tertumpah. Perasaan yang dialaminya ketika ni, sedikit berbeza dari semalam. Berdebar, juga takut. Yang lain, berpandangan antara satu sama lain.

 Ketika itu juga, Kim tergerak hati untuk menjeling sedikit jam yang terlilit di pergelangan tangannya. Matanya terbeliak.

‘’Eh, bukan ke korang kena ambik adik kita tu kat sekolah ?!’’ Jerit Kim tiba2. Masing2 terdiam. ‘’Pukul berapa dah ni ?’’ Tanya Kai. Sekali lagi Kim menjeling jam tangannya. ‘’Pukul 6 lebih dah ni !’’ Balas Kim separuh menjerit.

‘’Ouh, shoot. Guys, aku pergi dululah. Mesti Didi tunggu kita lama sangat.’’ Fiq pantas berdiri. Beg sandangnya  di tepi dinding dicapai. Baru tangannya nak memulas tombol pintu, handphonenya berbunyi.

‘’Helo.. Ye, Syakir Afiq bercakap. Boleh saya tau sape yang call saya ni ?’’ Tanya Fiq sopan. Adik2nya memandangnya dengan penuh pelik. Belum pernah Fiq bercakap dengan penuh sopan ketika menjawab call.

‘’What ????!!!!!!’’ Jerit Fiq kuat. Kai yang sedang minum tersedak. Habis minumannya tersembur keluar. Dia terbatuk2 kecil. ‘’Hoi ! Kau kenapa ? Jerit tak tentu pasal ni ?  Sakit tekak aku ! Erghh, shoot !’’ Marah Kai.

Tangan Fiq yang memegang tombol pintu terlepas. Lantas dia tersandar di pintu lalu terduduk perlahan2. Air mata yang ditahan, akhirnya tumpah juga. Pantas adik2nya mengerumuninya. ‘’Fiq. Kenapa ni, weih ?’’ Tanya Aziq. Bahu Fiq dipegangnya. Fiq hanya menangis, menangis dan menangis.

‘’Fiq, kenapa ni ? Tell us.. Janganlah buat kitaorang risau tengok kau macam ni..’’ Tanya Aqil pula. Fiq menggeleng perlahan sambil menjawab. ‘’Di.. Didi.. Didi...’’ Hanya nama adik perempuannya itu yang mampu dia sebut. ‘’Didi ? Didi kenapa ?’’ Tanya Dani.

‘’Hos.. Hos.. Hospital..’’ Balas Fiq perlahan.

‘’Apa ? Apa.. Didi.. Hospital ? Apa tu.. ?’’ Tanya Dani lagi. Fiq hanya menangis sambil kepalanya tergeleng2 perlahan. Dani sedikit bengang melihat abangnya yang membisu. Lantas kolar baju Fiq dipeagang. Badan abangnya itu digoyang2kan kasar.

‘’Kau bagi tau, Fiq ! What happened ?? Kenapa kau nangis ? Sape call kau tadi ? Didi kenapa ? Kenapa dengan Didi ?’’ Tanya Dani kasar.

‘’Kau tak faham ke ?! Didi kat hospital ! Didi masuk hospital lah, bodoh!’’ Jerit Fiq sambil melepaskan cengkaman Dani di bajunya. Adiknya itu ditolak.

‘’Hah ??!!!!’’

**********************************************************************************
‘’Di.. so sorry.. Kalau abang tak lupa nak ambik Didi kat sekolah.. tentu perkara ni takkan berlaku. Abang minta maaf, sayang..’’ Fiq berkata di dalam hati. Sedari tadi, mereka tidak dibenarkan masuk kerana doktor sedang periksa adik perempuannya itu.

‘’ En. Syakir ??’’ Fiq pantas mendongak apabila namanya disebut. Air mata yang mengalir laju dikesat. Dia tersenyum memandang lelaki berkot putih di hadapannya itu. ‘’ Ye, saya. Macam mana adik saya, doktor ?’’ Tanpa menunggu lebih lama, terus dia bertanya keadaan adiknya itu.

Kelihatan doktor tersebut seperti berat untuk membuka mulut. Fiq sabar menunggu. Tangannya digenggam erat, berharap keadaan Didi tidak serius mana.

‘’Sorry to say.. But, En. Syakir.. Adik En. Syakir telah disahkan koma..’’

Fiq terduduk sebaik saja doktor yang ditugaskan untuk merawat adiknya pergi dari situ. ‘’Fiq, eh Fiq. Kenapa ni ? Didi macam mana ? How she’s ? Nothing bad happened  to her right ?’’ Shah yang nampak Fiq terduduk, pantas menghampirinya. Sekali lagi, Fiq menangis.

‘’Fiq, kenapa ni ? Jawab lah soalan Shah tadi.. Fiq..’’ Dani ikut melutut di sebelah abang tirinya itu. Dapat dirasakan sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap adiknya itu.

‘’Don’t tell me....’’ Dani bersuara lagi. Hanya dua perkara yang dapat dia bayangkan ketika itu. Muka Fiq direnung lama.

‘’Oh.. She’s coma...’’ Jawapan Fiq membuatkan adik2nya tergamam. Tak pernah dia bayangkan adik perempuannya itu akan koma. Dani yang sudah memang melutut, terus terduduk.

‘’Aku dah cakap pagi tadi.. Akan ada benda buruk yang akan terjadi kat Didi hari ni.. But, korang tak nak percaya apa aku cakap.. Tengoklah kat studio tadi.. Aku memang rasa tak sedap hati betul.. Korang langsung tak nak percaya. Kalau Fiq tak dapat call dari hospital ni, sampai bila2 pun korang tak nak percaya kan ?’’ Dani memandang setiap muka abang dan adik2nya.  Masing2 menunduk.

‘’Sorry, Dani. Kalau aku tau benda ni akan terjadi, for sure aku akan cuti kerja tadi..’’ Balas Aziq.

‘’Sudah lah.. Benda nak jadi, apa kita boleh buat ?’’ Fiq mencelah. Dia berdiri. ‘’Guys, korang pergi balik dulu. Mandi, makan. Biar aku jaga Didi hari ni..’’ Arah Fiq.

‘’Tapi kau ? Takkan tak mandi ? Badan berpeluh tu.. Makan ? Takkan tak nak makan ?’’ Balas Kai. Fiq tersenyum. ‘’ Takpe.. Aku tak mandi tak makan takpe.. Kalau lapar, aku boleh makan kat cafe diaorang ni.. Mandi pun, aku boleh mandi kat sini. Pakai balik baju ni. Korang tak payah risaukan aku. Dah, pergi balik sana..’’

‘’Ok, Fiq. Kitaorang balik dulu. Nanti salah sorang dari kita, hantar baju and makanan untuk kau.’’ Balas Kai semula. Yang lain hanya mengangguk setuju.

**********************************************************************************
Sampai je rumah, mereka terus mandi dan makan. Selepas itu, Aqil keluar semula dengan keretanya pergi ke hospital menghantar baju dan makanan untuk abangnya. Sementara yang lain hanya termenung mengenangkan adik mereka di hospital. Dani bangun dari sofa menuju ke biliknya dengan lemah.

Sampai di bilik, dia membuka laci meja belajarnya. Diari yang lama tak disentuh, ditarik keluar. Pen dicapai lalu dia duduk di katilnya. Diarinya mula diselak sehelai demi sehelai. Kertas yang kosong, mula ditulisnya dengan air mata yang bertakung.

‘ 13 / 8 / 2013..
Pagi tadi semasa hantar Didi naik bas, aku terasa berat untuk melepaskannya pergi. Tapi aku kuatkan hati. Yakin kan hati, takde apa apa pun yang akan berlaku pada Didi. Tapi bila di dalam kereta, perasaan rasa berat hati, tak sedap hati semuanya semakin kuat. Lalu aku luahkan kepada adik beradikku. Tapi mereka langsung tak percaya apa yang aku katakan. Melihatkan mereka yang yakin bahawa takkan ada benda buruk berlaku pada Didi, jadi aku pun buang perasaan aku yang sememangnya menakutkan aku sendiri.

Petang tu masa aku gigih practise untuk tournament yang akan datang, sekali lagi perasaan tak sedap hati berkunjung di hatiku. Namun aku biarkan dan terus gigih practise. Tapi bila Fiq arahkan untuk berhenti sekejap, perasaan tak sedap hati terus terusan menyerang hatiku dengan teruk sekali. Ianya semakin menjadi2 tatkala botol minuman yang aku pegang hampir terlepas dari genggamanku. Lantas sekali lagi aku luahkan kepada adik beradikku. Tapi tetap mereka tak percaya.

Bila handphone Fiq berbunyi, aku sudah tak tentu arah. Lagi2 bila melihat Fiq jatuh terduduk. Semakin tak senang duduk aku dibuatnya. Bila Fiq bagitau adik kesayangan kami berada di hospital,  barulah aku tau kenapa hati aku tak senang dari pagi aku keluar rumah.’

‘ 14 / 8 / 2013..
Hari ni merupakan hari kedua Didi berada di dalam keadaan koma di hospital. Dan hari ni merupakan giliran Aziq untuk menjaga Didi. Walaupun Aziq yang akan menjaga Didi, aku serta adik beradikku tetap datang melawatnya bila tiba masanya waktu melawat. Sama seperti Fiq, sama ada aku atau adik2ku yang akan hantar baju dan makanan kepada Aziq di hospital.’

‘ 15 / 8 / 2013..
Hari ketiga Didi koma di hospital. Masih takde perubahan yang berlaku pada Didi. Hari ketiga merupakan giliran Aqil menjaga Didi sepanjang hari. Aku dan adik2ku masih lemah seperti kami pulak yang sakit. Kami langsung takde selera untuk makan bila mengenangkan Didi yang koma. Dapur juga dah lama tak berasap. Bila nak makan, kami akan keluar menuju ke restoran kami sendiri. Nasib baiklah Fiq sendiri yang menjadi bos. Tak perlulah membayar apa yang kami makan. Selepas makan, kami akan ke sekolah untuk menjemput Kim, Kai dan Shah pulang dan terus melawat Didi.’

‘ 16 / 8 / 2013..
Dan hari ni merupakan giliran aku mejaga Didi. Hati aku sakit bila doktor bagi tau aku bahawa masih takde perubahan yang berlaku pada Didi. Juga sakit melihat badan Didi yang kaku tidak bergerak. Bila tiba waktu solat, aku akan tinggalkan Didi dan aku akan berteleku lama di atas sejadah memohon kepada Allah supaya Didi cepat sedar dan sembuh.’

‘17 / 8 /2013..
Sudah masuk hari yang ke-5. Tapi tetap keadaan Didi masih sama seperti hari pertama dia disini. Pagi ni, Fiq yang akan jaga Didi. Sebelah petang pula Kim akan menjaganya. Walaupun Fiq membantah Kim ingin menjaga Didi kerana tahun ni merupakan Kim mengambil SPM, Kim tetap berkeras mahu menjaga Didi. Akhirnya Fiq mengalah dan membenarkan Kim menjaga Didi.’
’18 / 8 / 2013..
Disebabkan hari ni aku, Fiq, Aziq, dan Aqil ada meeting sikit, aku telah menyuruh Kai cuti untuk dia menjaga Didi. Kai sikit punya seronok dapat jaga Didi. Aku tau antara Kai dan Didi, hubungan mereka yang paling rapat daripada yang lain. Jadi aku tak kisah membiarkan Kai yang menjaga Didi walaupun umurnya baru masuk 16 tahun pada tahun ini. Fiq juga tak membantah bila aku menyuruh Kai yang jaga Didi. Kim juga nak ikut sekali, tapi Fiq membantah. Katanya cukuplah semalam Kim jaga. Hari ni, dia mahu Kim membuat ulangkaji memandangkan SPM semakin hampir.’

’19 / 8 / 2013..
Hari ni, takde sape2 yang akan jaga Didi memandangkan semuanya sibuk. Aku, Fiq, Aziq, dan Aqil sememangnya tak dapat jaga Didi kerana restoran kami akan ada jabatan kebersihan yang akan datang. Kami yang memegang jawatan tertinggi tak boleh keluar. Kim pula trial dia semakin dekat, jadi Fiq tak bagi dia jaga Didi. Kai dan Shah pula ada kelas tambahan. Jadi bila semuanya sudah habis, aku terus mengajak mereka ke hospital.’

’20 /8 / 2013..
Akhirnya syukur Alhamdulillah, Ya Allah. Masa yang aku serta adik beradikku yang lain tunggu tiba jua. Air mata gembira aku laju mengalir tatkala doktor bagi tahu kami semua yang Didi sudah sedar lebih sejam yang lalu. Lalu pantas kami berlari menuju ke wadnya.

Masuk saja dalam wadnya, kami terus menerpa ke arah Didi dan memeluknya erat. Lafaz syukur tak henti2 keluar dari bibir kami. Didi juga mengalirkan air matanya semasa kami memeluknya erat.
‘Syukur Didi dah sedar, sayang..’ Bisik hatiku senang.

Walaupun Didi dah sedar, dia masih tidak dibenarkan pulang. Kata doktor, Didi masih lemah dan memerlukan pantauan dari doktor2.. Sejak hari itu, kami mula jaganya silih berganti sepeti kami jaganya ketika dia masih koma.’

**********************************************************************************
Setelah beberapa hari Didi ditahan, akhirnya dia dibenarkan pulang. Didi sangat gembira jadinya. Tak sabar2 nak pulang ke rumah setelah sekian lama ditinggalkannya.

‘’Di.. Didi ingat tak apa yang terjadi kat Didi sebelum Didi koma ?’’ Tanya Kim tiba2 sewaktu mereka sedang mengemas barang2 Didi. Didi tersenyum sesaat sebelum mengangguk. ‘’So, what happened to you actually, Didi ?’’ Tanya Kim lagi kurang sabar.

‘’Hari tu..... Didi tunggu abang lama sangat. So, Didi decide nak balik jalan kaki je. Tak sanggup tunggu lama sangat dengan keadaan cuaca yang panas terik. Masa Didi jalan tu, Didi nampak aiskrim kat seberang jalan, biasalah kan kalau tengah haus, mestilah Didi nak beli.. Tapi masa tu, kereta semua laju. Hati Didi tetap ragu2 nak lintas ke tak. Disebabkan terlalu haus, Didi terus lintas sampai lupa nak tengok kiri kanan. Tengok2 Didi dah terbaring kat jalan.. Lepas tu, perlahan2 mata Didi kabur. Then lepas tu.. I don’t know what happened..’’ Cerita Didi sambil air mata yang bertakung.

Kemudian, Didi mendongak memandang abang2nya. Dia tersenyum perlahan2. ‘’Takpelah Didi. Benda nak jadi. Sape yang boleh halang. Tapi, abang syukur sangat2. Sekurang2nya, Didi masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni bersama abang2 Didi.’’ Fiq menghampiri Didi. Tangannya memegang bahu Didi erat sambil tersenyum.

Selepas itu, mereka hanya diam sehingga mereka selesai kemas. Didi mengangkat barang2nya yang kecil manakala abang2nya mengangkat yang lebih besar. Dia memulakan langkah. Tangannya memegang tombol pintu. Sebelum sempat tombol ditarik, abang2nya memanggilnya. Dia berpaling lantas tersenyum mendengar kata2 yang keluar dari mulut2 abang2nya.

‘’Dian Liyana, teruskan hidup Didi penuh semangat. Ok, sayang ? Kami, abang2 Didi...’’

‘’Syakir Afiq..’’

‘’Haziq Hafiz..’’

‘’Luqman Aqil..’’

‘’Amirul Daniel..’’

‘’Akmal Hakimi..’’

‘’Khairul Syafiq..’’

‘’Dan juga Khiril Shah...’’

‘’Akan sentiasa bersama Dian Liyana tak kira di waktu senang mahupun susah. We love you, Didi. Dian Liyana binti Mazlan.... Fighting !!!!’’

-Tamat-

Thanks for reading..^.^